Bila mempunyai anak kecil, hanya para ibu sahaja tahu 'struggle' yang perlu dihadapi setiap hari supaya rumah berada dalam kemas dan teratur. Sekejap sahaja kemas, lepastu keadaan berselerak semula. Kadangkala akibat terlalu letih, kita merasa tertekan, hilang sabar sudahnya anak-anak teruk dimarahi kerana menyepahkan rumah. Pasti ramai ibu yang pernah mengalami situasi sebegini kan?
Namun, tahukah anda telah menyekat anak dari menjadi kreatif dan bijak melalui jerkahan dan tengkingan anda itu? Apabila mereka tidak mahu dimarahi, mereka tidak lagi bereksperimen dengan keadaan sekeliling, rumah juga menjadi rapi. Anda senang hati, tapi masa kanak-kanak anak anda dirampas, daya imaginasi mereka terkurung.
Nampak remeh, namun memberi kesan kepada perkembangan minda mereka. Rasa ingin tahu anak telah 'dibunuh' oleh ibu bapanya sendiri. Bukan tidak boleh menegur, tapi perlu ada cara.
Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Mahu anak anda bijak, hidupkan kembali rasa ingin tahu mereka ! Semoga bermanfaat.
ANAK SAYA NI BODOH KE?
"Sebelum tu saya nak tanya Puan. Anak puan suka sepahkan barang tak? "
"Suka je."
"Apa yang Puan nampak masa anak Puan tu sepahkan barang?"
"Saya nampak dia duk curah air dalam gelas. Pastu letak sirap. Katanya nak tengok sirap beku ke tak dalam peti ais."
Apa Puan buat nampak anak buat benda tu?
"Saya mana tahan anak buat benda pelik-pelik dan sepahkan barang ni. Saya apalagi terus jerit dan jerkah anak saya tu!! "
"Puan tahu tak puan DAH BUNUH SEORANG SAINTIS di rumah puan?"
Hahhhh! Kenapa????
Puan, sebenarnya apa yang anak puan buat tu adalah dia sedang cuba EXPLORE & EXPERIMENT. Rasa ingin tahu anak puan pada waktu tersebut sebenarnya mengalahkan perasaan ingin tahu seorang saintis!
Jerkahan dan tengkingan Puan tadi dah bunuh rasa ingin tahu, rasa ingin explore dan rasa ingin bereksperimen anak Puan sendiri! Perasaan tu lah sebenarnya yang membuatkan anak Puan jadi kreatif dan bijak.
"Nak anak Puan jadi bijak balik tak?"
"Nakkk!!!"
Pergi hidupkan balik perasaan INGIN TAHU anak Puan tu secepatnya sebelum perasaan tu hilang buat selama lamanya.
TIADA ANAK YANG BODOH, YANG ADA HANYALAH ANAK YANG DAH TUMPUL RASA INGIN TAHUNYA
p/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye dan klik je link ni untuk belajar ilmu mendidik anak secara percuma : t.me/NotaTaufiqRazif
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877