Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Susah Sangat Nak Dapat Hadiah, Wanita Ini Nekad Masuk Dalam Mesin Permainan Cakar Dan Curi Anak Patung

2 Mac 2018

2 Mac - Seorang wanita berang apabila gagal mendapat hadiah walaupun telah mencuba berkali-kali bermain satu mesin permainan di Taiwan. Wanita itu kemudian bertindak masuk ke dalam mesin itu untuk mencuri anak patung di dalamnya, lapor Daily Mail

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Taichung, barat Taiwan itu, wanita yang dikenali sebagai Tsai, 34, itu ditahan polis selepas tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam video rakaman itu memaparkan Tsai sedang bermain satu permainan mesin cakar untuk meraih hadiah anak patung tetapi selelpas beberapa kali percubaan dia masih gagal untuk mendapatkannya.


Apabila sudah muak mencuba, dia mengambil sebatang penyapu dan cuba mengeluarkan anak patung tersebut.

Selepas usahanya masih tidak berhasil, Tsai akhirnya bertindak memasuki lubang berukuran 25 sentimeter di bahagian bawah mesin berkenaan untuk mengambil anak patung di dalamnya.

Polis berkata, wanita itu sempat mencuri tujuh anak patung dalam tempoh 30 minit hingga sejam. Ketika disoal siasat, Tsai memberitahu tidak mengingati perkara itu kerana dia mengambil ubat tidur dan ubatan lain yang menyebabkan ingatannya terganggu.

Bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan dan Tsai bakal didakwa atas tuduhan mencuri.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "