Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Lebih Berat, Kekal Tidak Mengaku Bersalah

8 Mac 2018


8 Mac - Armin Zaharin, suami kepada penyanyi hit, Ziana Zain sekali lagi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini tuduhan pindaan selepas dia didakwa mencederakan anaknya pada 24 februari lalu, lapor BH Online

Armin yang tiba di mahkamah dengan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan bahawa dia tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang bekerja sendiri telah didakwa sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam di Shah Alam, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mencederakan anak lelakinya yang berusia 9 tahun.


Jika sabit kesalahan, bekas ketua pramugara itu yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias itu boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau sebatan.

Di mahkamah yang sama kelmarin, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "