Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Menangis Dalam Pelukan Suami, Sampai Termimpi Oyen Datang," Wanita Ini Sedih Kucing Kesayangan Diracun Individu Yang Kejam

24 Mac 2018

24 Mac - Bagi seorang pencinta kucing, adalah satu kesedihan apabila melihat kucing kesayangan mati di depan mata. Tambahan lagi, kematian itu satu kematian atas kekejaman orang lain

Seperti apa yang dirasai oleh Aina Yusof yang kehilangan kucing-kucing kesayangannya yang dipercayai dianiaya oleh individu.

Jom ikuti perkongsian Aina Yusof yang menyentuh hati.

Tak tau nak mula dari mana. Biasanya bila balik rumah, anak-anak bulus akan berlari ke kaki mama. Balik rumah malam tadi sepi. Cari-cari 5 ekor mati bersusun dalam kotak. Elok bersusun. Kotak penuh dengan muntah. Mulut berbuih. Ada yang mulut berdarah. Meraung pun tak guna. Tengahari elok je semua lepas makan. Balik semua dah tak ada.

Oyen, Mokmok, Dayang, Pudin, Atul (tunggu hari nak bersalin). Mama mintak maaf. Mama tak tau nak jadi macam ni. Mama tak akan maafkan kalau ada orang yang khianat anak-anak mama. Anak-anak mama tak kacau orang.

Sunyi rumah hari ni. Sunyi sangat. 😭

Update:

Lepas ni saya tak akan explain lagi. Ada yang cakap lain kali jangan lepas kucing merata. Bila masa saya lepas. Habis tu kalau kucing tak bertuan boleh racun sesuka hati ke?

Saya tak tahu kucing saya mati kenapa. Sampai sekarang saya fikir. Saya tak pernah sebut kucing saya kena racun. Tapi komen-komen orang yang tengok dan menilai kucing saya mati diracun. Mula-mula saya marah anak-anak saya ingat dorang kurung kucing dalam box tu. Tapi dorang tak mengaku. Dorang pun sedih dan menangis bila jumpa kucing mati dalam box. Tapi bila fikir balik tak mungkin kerja anak-anak.



Saya keluar rumah pkl 12.30 tghari. Seharian kami berjalan. Sebelum keluar anak-anak bulus baru lepas makan. Anak-anak bulus saya 6 ekor semua sekali. Semua dah besar. Saya duduk flat tingkat 3. Rumah sebelah saya kosong, rumah tinggal yang rosak dan kotor. Anak bulus duduk di balkoni belakang, tempat jemur kain. Saya letak makanan, pasir dan tempat tidur dorang kat situ. Anak bulus saya memang tak lepas bebas kecuali sekor Pudin dia suka merayap main-main kat rumput tapi dia balik. Dorang suka lepak kat rumah sebelah dorg panjat melalui balkoni ke sebelah. Rumah sebelah tu saya kunci sebab budak-budak selalu main dalam tu. Saya tak nak rumah tu jadi port pelik-pelik so saya kunci.

Kami balik rumah pukul 9 malam cari kucing tak ada. Anak pergi ke balkoni belakang tercium bau busuk dalam box merah ni. Box ni di lock. Box ni memang ada kat belakang saya basuh sebab nak isi barang. Keringkan kat belakang. Bila bukak box anak bulus 5 ekor bersusun, badan basah mulut berbuih, ada yang mulut berdarah, penuh muntah dan bau busuk. Dorang dah mati masa tu. Baru je mati tapi bau busuk sangat. Anak saya meraung saya pun meraung. Suami tengok dia cakap macam makan racun. Pintu rumah kosong sebelah terbuka.

Malam tu saya tidur menangis dalam pelukan suami. Saya mimpi anak bulus semua balik rumah dengan badan kotor tu. Oyen cakap kami ada ni mama. Kami ada dengan mama. Bangun tidur menangis lagi.

Pagi tu anak-anak tolong uruskan kebumi anak bulus. Saya tak boleh tengok pun. Dorang pakai mask sebab berbau busuk sangat. Baju angah kotor terpercik darah. Mata Pudin terjojol macam nak terkeluar. Perut Mokmok keras ada kesan lebam. Darah keluar dari mulut dan hidung. Atul tunggu hari nak beranak mati dengan anak dalam perut. Bangkai dah berair. Yang selamat cuma Chombi sekor saja. Kami jumpa dia menyorok bawah katil. Pujuk-pujuk baru dia keluar.

Sampai ke hari ni saya masih fikir, apa yang jadi. Saya geledah rumah sebelah tapi tak jumpa apa-apa. Saya malas nak siasat. Malas nak cari bukti. Biarlah Tuhan tau semuanya. Cuma saya terkilan tragis sangat cara anak bulus saya mati. 5 ekor sekaligus. Anak bulus saya sangat manja. Lebih-lebih lagi Oyen. Memang terasa kehilangan sangat. Entahlah..korang nilailah sendiri.




Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "