Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terbesar Dan Terhebat, Harus Dikunjungi

23 Mac 2018
2 ulasan

Produk kraf negara merupakan satu khazanah yang cukup hebat dan tidak ternilai yang kita miliki, ramai pelancong-pelancong datang ke negara kita berpusu-pusu mencari kraf tangan kita untuk dijadikan sebagai momento apabila mereka pulang ke negara mereka nanti dan rakyat Malaysia juga tidak terkecuali menyokong produk kraf tempatan.

Tertarik SK dengan satu tulisan yang dikirim kepada kami di inbox, beliau menceritakan pengalaman terujanya melawat Jualan Kraf Terbesar di Malaysia di Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Jom baca sikit perkongsian beliau yang minta namanya tidak disiarkan.

Assalamualaikum Admin SK, tolong jangan dedah profile saya..

Hari ini 23/3 saya berkesempatan pergi ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay di mana saya dapat tahu ada sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2018 dari sebuah stesen tv tempatan semalam.

Kebetulan juga saya memang nak sangat-sangat datang melihat hasil-hasil seni kraf tangan anak-anak tempatan kita ini, sebab memang berminat dengan seni pembuatan ukiran  kayu.

Melangkah masuk ke ruang jualan pertama iaitu yang dinamakan Basement Seri Anjung / Seri Cipta, ruang ini ada pelbagai jenis jualan berasaskan memang bermacam-macam pakaian dijual memang bermacam-macam fesyen, warna dan rekaan di jual dari fabrik seperti batik, songket, tenunan, sulaman dan bermacam-macam lagi dan ditawarkan dengan harga yang sungguh berpatutan yang ternyata membuat ramai pengunjung hadir rambang mata untuk memilih pelbagai rekaan pakaian kanak-kanak, remaja dan sehinggalah dewasa di mana ianya mendapat sentuhan moden dan tradisional.












Selepas cuci mata dengan pelbagai pakaian batik, songket, kurung, tudung dan pelbagai lagi, saya pun terus ke khemah A, yang ini sungguh menarik perhatian saya, masuk-masuk terus saya disambut oleh binaan separuh siap sebuah rumah kayu kampung, sangat-sangat teruja, siap boleh naik berdiri bergambar atas rumah tu.


Di bahagian ini begitu banyak produk kraf dari hasil rimba terutama kayu, besi, tembikar, tempurung kelapa, mengkuang dan pelbagai lagi dipamerkan di sini, rasa memang teruja sangat-sangat, rugi sangat-sangat-sangat kalau tak datang sini.
















Diruangan ini, tetamu yang hadir akan disajikan dengan pelbagai kraftangan anak-anak tempatan, seni pembuatan kayu amat unik dan menarik, meja-meja yang dihasilkan dari kayu balak memang menarik perhatian saya.








Ternyata saya sungguh teruja di dalam khemah ini melihat khazanah berharga negara sedang terkumpul di Hari Kraf Kebangsaan 2018 ini.

Selepas selesai membeli 5 jenis barangan termasuk pisau dan bekas rempah, saya meneruskan perjalan ke Khemah B, dalam dewan ini pun saya disambut dengan satu permandangan yang cukup menarik, di sini kita boleh melihat demonstrasi ukiran kayu, membentuk cincin dan pelbagai lagi, tapi tak sempat nak lihat proses penghasilan pasu atau labu sayong.





















Selepas tu, saya berjalan ke satu lagi bahagian di luar khemah, di sini terdapat langskap yang menarik dan beberapa wakaf demonstrasi menbuat kraf di mana orang ramai dapat mencuba sendiri proses penghasilan beberapa kraf tangan, saya sempatlah masuk ke wakaf demonstrasi melukis batik.

Apa yang menarik, orang ramai dapat mencuba sendiri pengalaman melukis dan mewarna batik dan boleh di bawa balik dengan dikenakan sedikit bayaran.

Kalau bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni memang terbaik, lokasinya memang sesuai untuk bawa anak berjalan dengan pendedahan aktiviti luar seperti mewarna batik ini.



Selepas dah letih berjalan, saya terus pergi ke kawasan jualan makanan, boleh tahan juga sebab ada hampir 20 gerai makanan disediakan termasuk food truck, dapatlah try laksa sarang yang viral di laman sosial tu dengan segelas air kelapa laut.







Pengalaman di sini memang menarik, tidak akan dijumpai di tempat lain, khazanah budaya kita terkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay ini.  Ramai dilihat pelancong luar datang, jadi apa lagi kita orang Malaysiakan.

Jadi, saya menyeru kepada netizen, hari free terutamanya Sabtu Ahad, mai lah ke sini beramai-ramai, tak rugi, memang best, masuk free jer, barang yang dipamer dan dijual pun tak akan anda jumpa ditempat lain.

HKK ni tak lama, mula 22 Mac hingga 1 April 2018 ini, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Akhir kata, terima kasih SK kalau ketengahkan luahan dan cerita pengalaman menarik saya ini, semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan anda, kepada orang ramai, saya sudah datang, anda bila lagi.

Assalamualaikum.





- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "