Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Switch Cheras 'Diserang' Manusia, Beratur Seawal 5 Pagi, Segelintir Pembeli Terkilan Tak Dapat Beli Iphone Murah

2 Mac 2018

2 Mac - Baru-baru ini telah tular di laman sosial sebuah syarikat yang juga pengedar sah produk Apple.Inc di Malaysia, Switch yang terletak di Pusat Membeli-belah My Town, Cheras bakal membuat jualan gudang pada 2 Mac 2018 (hari ini).

Memang sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila mendengar di mana ada jualan murah, pasti akan mendapat sambutan. Begitu juga yang berlaku di Switch, My Town Cheras apabila sejak jam 5 pagi tadi pembeli sudah siap sedia beratur panjang di hadapan pintu pusat membeli belah tersebut.

Mana tidaknya, anda boleh mendapatkan iPhone 6 (Demo Set) dengan harga serendah RM600 sahaja. Manakala, harga Apple Tv pula diuual dengan harga RM100 sahaja.


Pembeli-pembeli dikatakan sanggup menunggu dari jam 5 pagi walaupun Switch dijadualkan akan membuka pintu kedai pada jam 10 pagi. Atas sebab sambutan yang luar biasa, Switch terpaksa mengubah fikiran dan membuka kedai pada jam 7 pagi selepas melihat lautan manusia yang beratur di hadapan pusat membeli-belah tersebut.

Namun, beberapa ketika apabila keadaan sudah mula tidak terkawal dan pembeli-pembeli menjadi semakin ramai sehingga pihak Switch juga dikhabarkan sudah tidak mampu mengawal keadaan.

Ramai netizen yang memuatnaik video-video dan gambar suasana di sekitar My Town Cheras. Sudah tentu, Switch juga tidak menjangka sambutan sebegini yang mereka akan terima dan telah membuat keputusan menutup premis itu buat sementara waktu.

Sudah pasti, segelintir pembeli berasa sedikit terkilan apabila sudah beratur seawal 5 pagi namun tidak dapat membeli produk Apple yang dikatakan jualan paling murah untuk tahun ini.



Komen dipetik dari FB Switch















Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "