Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Didakwa Tumbuk Dan Pijak Dada Lelaki OKU, Seorang Pengawal Keselamatan Direman 4 Hari

21 Mac 2018

21 Mac - Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan menumbuk seorang lelaki sehingga pengsan. Video itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Pengawal Keselamatan itu dikatakan bertugas di sebuah pasaraya di Tumpat dipercayai terbabit dalam rakaman video yang tular di laman sosial itu telah direman empat hari sehingga 23 Mac ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan reman sejak semalam selepas tangkapan dibuat.

Tambah Ab Rashid lagi, mangsa seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 42 tahun adalah pekerja di pasaraya yang sama dengan suspek.

"Siasatan awal mendapati punca berlaku kes tumbuk itu disebabkan mereka berdua  ada selisih faham.

"Rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) kes tumbuk  itu tular di media sosial hari ini tetapi kes ini berlaku hari Isnin lagi.

"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kejadian  itu berlaku kira-kira jam 6.24 petang pada Isnin lalu apabila pengawal keselamatan terbabit telah menumbuk muka mangsa.

"Mangsa ditumbuk dan dipijak  oleh pengawal keselamatan terbabit menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Tumpat, terdapat kesan tumbukan dan darah di bahagian muka manakala dibahagian belakang kepala alami bengkak akibat hentakkan ke lantai semasa jatuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "