Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terjatuh Dari Bangunan PPR, Seorang Lelaki Ditemui Mati

8 Mac 2018

8 Mac - Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terjatuh dari bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel di sini awal pagi tadi, lapor Kosmo

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mayat mangsa, Fong Ceen Yuen, 27, ditemui oleh seorang lelaki yang merupakan penduduk di PPR berkenaan sekitar pukul 7.50 pagi.

"Sebaik menemui mangsa yang terbaring kaku di kawasan meletak motosikal, lelaki tersebut terus menghubungi pihak polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak menetap di PPR berkenaan dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian,"
katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut Mohamad Roy, pihaknya belum dapat menentukan mangsa jatuh dari tingkat berapa dan siasatan masih dijalankan.

"Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat dan kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "