Sungai Umngot adalah tempat yang tepat untuk anda menghayati keindahan alam sambil mendayung didasarnya. Perjalanan anda melintasi sempadan atau bersnorkeling pasti menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Ia adalah destinasi impian sempurna dengan hutan, gunung, lembah, gua, sungai, tasik dan setiap sudutnya yang sangat berharga. Salah satu keajaiban semulajadi Meghalaya adalah Dawki, yang dikenali dengan air biru jernih Sungai Umngot.
Dawki adalah ibu kota negeri Shillong dengan jalan yang berliku namun tetap indah dengan pemandangan lembah dan air terjun yang menakjubkan. Keadaaan jalan raya di Dawki tidak seperti negara-negara Timur Tengah lain, dan kerana itulah ia menjadikan mereka kurang dapat diakses.
Sungai Umngot ini dikenali sebagai sungai kaca. Ia adalah disebabkan pantulan airnya membuatkan anda kelihatan berada diatas dasar tanpa air. Sungai Umngot menandakan pemisahan antara bukit Khasi dan Janatia. Sungai itu lebih merupakan sempadan semula jadi yang memisahkan India dan Bangladesh.
Selain berperahu, terdapat pelbagai aktivit yang ditawarkan oleh pemandu pelancong tempatan seperti snorkeling, penginapan khemah dan pengembaraan dikelilingi hutan dan pohon rimba.
Perjalanan Ke Dawki:
- Daripada Shillong ke Dawki mengambil masa kira-kira 3 jam.
- Anda boleh mengambil teksi dari Shillong.
Panduan Travel:
- Dari Kuala Lumpur naik Air India dan anda akan turun terus di Shillong.
- Masa terbaik untuk melawat tempat ini adalah pada bulan Oktober hingga Mei, kerana semasa Monsoons, paras air agak tinggi.
- Anda boleh melawat kampung Mawlynnong sebagai destinasi tambahan di Dawki.
- Mawlynnong merupakan kampung paling bersih di Asia.
- Tiada restoran atau tandas berdekatan Dawki..
- Mendaki sungai Dawki adalah sesuatu yang mencabar kerana kecuramannya yang agak tinggi.
- Menaiki bot di Dawki caj yang dikenakan adalah sebanyak INR 500 - INR 750 (RM30-50) per bot bergantung kepada musim.
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe