Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sri Lanka Isytihar Perintah Berkurung Selepas Rusuhan Keganasan Anti-Muslim Tercetus

7 Mac 2018

Pihak berkuasa Sri Lanka telah mengumumkan perintah berkurung selepas pelampau Buddha bertindak menyerang dan membakar masjid, kedai serta kediaman penduduk minoriti Islam.

Menurut jurucakap polis, Ruwan Gunasekara, perintah berkurung itu pada mulanya berkuat kuasa pada Isnin di daerah Kandy, namun ia terpaksa dilanjutkan sehingga semalam.

Bagaimanapun katanya, ketegangan di Teldeniya dan Digana beransur pulih selepas polis mengetatkan kawalan keselamatan.

Sumber keselamatan memberitahu, keganasan itu mula tercetus selepas seorang lelaki dari etnik majoriti Sinhalese meninggal dunia di hospital selepas terbabit kemalangan dengan seorang penduduk Islam.

Sinhalese yang beragama Buddha adalah etnik majoriti Sri Lanka, iaitu tiga perempat daripada 21 juta penduduk manakala Islam hanya 10 peratus.

"Sekurang-kurangnya 11 kedai dan rumah dibakar," kata Ketua Eksekutif Hak Asasi Manusia Sri Lanka, Rajith Keerthi Tennakoon.


Menurut sumber, Tenanakoon turut mengutuk ketidakcekapan polis sebagai punca keganasan gagal dikawal.

Pada November tahun lalu, polis Sri Lanka telah menahan 19 individu susulan pertempuran membabitkan kumpulan pelampau Buddha dan penduduk minoriti Islam yang turut menyebabkan empat orang cedera.

Difahamkan, pertempuran yang berlaku di Ginthota, selatan Sri Lanka itu berpunca daripada penyebaran khabar angin dan mesej palsu yang mengapi-apikan kedua-dua pihak di media sosial.


Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "