Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Isteri Bukan Menangis Kerana Dia Lemah, Tapi Kerana Sakit Pedih Yang Tak Tertahan

1 Mac 2018
No Comment

Seperti yang diketahui, kemelut rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude iaitu suami kepada Izreen Azminda dan isteri pertamanya Intan Liana Saleh bakal menemui titik akhir setelah permohonan cerai difailkan baru-baru ini. 
Rentetan itu, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Rata-ratanya bersimpati atas nasib yang menimpa wanita itu. Namun, siapalah kita untuk menghukum.
Tular di Page Cinta Suami Isteri, perkongsian oleh Nor Fatin Sabiha yang mendapat perhatian ramai. Sebagai wanita pasti akan ada hati yang tersentuh dengan setiap bait kata ini. Jom kita ikuti perkongsiannya seperti di bawah ini.
Jika seorang isteri menangis dihadapan mu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

'“Hargai lah dia sebelum terlewat...”

Andai dipegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersama mu sepanjang hidupmu.

Jika dibiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi, Dia akan menjadi lemah.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangi,maka hilanglah segala rasa egoisnya.


Lelaki, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,
Pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersama mu sepanjang hidup.

Lelaki, jika seorang isteri menangis kerana mu.
Jangan sesekali menyia-nyiakannya.
Mungkin keputusanmu,bakal memusnahkan kebahagiannya.

Saat dia menangis didepan mu, saat dia menangis kerana mu,
Pandang matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasainya?

Fikirkan….
Isteri mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepan mu dan kerana mu……


Dia menangis bukan dia lemah.
Dia menangis bukan dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana sakit pedih yang diberi.

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang isteri menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk sedar apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kerana kau penyebab segalanya….

Isteri mu bakal dilupakan.
Bukan itu sahaja.
Kau juga akan mula lupa “Betapa berharganya dia..."

Pertimbangkanlah

Suatu hari nanti
Mungkin telah terlambat untuk menyesal,
Mungkin juga terlambat untuk kata MAAF !!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "