Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Harap Ibu Ayah Tak Perlu Kerja Kuat Lagi Bila Saya Berjaya Nanti", 'The Legend of Iskandar', Dia Bukan Pelajar Biasa

17 Mac 2018
2 ulasan

Kesusahan hidup yang dilalui seorang pelajar ini tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Apabila ditanya, remaja ini yakin dan percaya kejayaan dalam pelajaran mampu mengubah nasib keluarga serta dapat membahagiakan kedua ibu bapa tercinta.  

Walaupun melalui kesempitan hidup, dia tidak menjadikan hakikat itu sebagai alasan untuknya berjaya.  Perkongsian daripada Facebook milik Ali Iqbal Roslani menceritakan susah payah seorang pelajar bernama Iskandar bersifat luar biasa daripada remaja lain.

Berjaya mencipta sejarah disalah sebuah institusi pendidikan di Johor Bahru, Iskandar layak dijadikan contoh pelajar-pelajar lain untuk lebih kedepan dan mencapai matlamat hidup.  Mari ikuti perkongsian dibawah semoga dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.

THE LEGEND OF ISKANDAR

Hari ini 15/3/2018 mencatat sejarah buat bekas pelajar lepasan SPM 2017 MRSM Johor Bahru bernama Mohamad Iskandar bin Mohamad...beliau mendapat straight A bagi semua matapelajaran SPM.. Tahniah..namun beliau bukan pelajar biasa..tetapi luarbiasa..mungkin lain cikgu..lain ceritanya..ini sekadar apa yg saya lalui..anak homeroom cikgu hamidah f1-f3, f4-f5 cikgu Fuad Galaticos Anaconda tahniah cikgu midah cikgu fuad

15/1/2013..6 tahun lalu.. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 MRSM Johor Bahru.. ketika itu saya cikgu yang dilantik sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi..Saya tertarik melihat seorang pelajar yang bertubuh kecil ini...saiznya mmg kecil..saya tegur dan dia memperkenalkan diri sebagai Iskandar..sempat snap beberapa keping gmbr dia sbb mmg sepanjang masa dia asyik tersengih mungkin gembira mendapat tempat di mrsm..

Gambar Hiasan
Saya juga masa itu adalah warden asrama lelaki..saya sememangnya amat tegas dgn pelajar tp xde la semua benda nk marah nk garang..sebelum light off rutin saya akan ronda dlu bersama rotan double decker disalut strapping putih ragbi bagi prestasi terbaik haha..(mcm biasa budak mmg bising..sekali laungan singa terus senyap la haha) tiba2 si Iskandar kecik ni duk seronok belari sana sini dekat koridor..dia xsempat brek..dia slide celah kangkang saya!!!! bertuah punya budak!!! Mentang2 size dia kecik..kita tinggi..adoiii hahaha slide atau bahasa bola nutmeg kot..betapa hanginnya masa tu saya denda dia lari keliling asrama 3 round combo starlight sebab nak sangat berlari kan..hahaha habis denda berkali2 dia minta maaf dan minta jgn lapor pada ayah dia..da abis sempt dia menoleh sengih..sabo jela haha

Siapa Iskandar ni...??saya share supaya pelajar2 kena amik iktibar tentang kisah dia..


Dia berasal dari keluarga ssh..ayahnya pengawal keselamatan / guard kt rumah anak2 yatim Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru..masa warden dulu selalu perasan ayah dia gigih naik moto amik dia masa PB dan masa visit pasti dia bekal makanan dalam tupperware (maybe ibunya masak sendiri)..Iskandar xpenah malu dng background familynya yang ssh..dia xpenah minta2 dgn orang..ibunya tidak bekerja..saya begitu respect dgn Iskandar kerana dia tau dia berasal dari keluarga yg ssh...dia pandai jaga diri, nama keluarga dan dia belajar bersungguh-sungguh.. 5 tahun di MRSM Johor Bahru..dia xpenah ada masalah displin sahsiah..5 tahun dia menuntut ilmu dengan pelbagai rintangan..akhirnya hari ini tiada apa yang lebih membahagiakan kedua-dua ibu bapanya malah rakan2 guru melihat dia mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2017..bukan saya nk membanding2 anak2 pelajar lain..saya nk tegaskan..lihat dan sedar diri bagaimana dia berusaha demi keluarga...xpernah menggunakan pelbagai alasan....kita perlu berusaha untuk keluarga kita..harapan ibu dan ayah..

Paling saya igt ayahnya..en mohamad..dtg ke sek utk bayar yuran sekolah... saya masih igt..ayahnya berpakaian pengawal keselamatan... tak ckup 10 sen je pun..saya beritau..takpelah biar saya tmmbah duit 10 sen tu.. tp en mohammad tetap berkeras pulang ke rumah utk ambil wangn10 sen tu .. masya allah... tak pernah saya jumpa ayah yg begini... saya igt kata2 ayahnya...walaupuun 10 sen tp nie amanah utk bayar... masya allah hebat orgnya...

Iskandar bukanlah pelajar yg asalnya pandai..pel sederhana..tp dia rajin ... dan mula menyinar semasa di darjah 6

Iskandar kalau kamu baca coretan cikgu ni..hargailah ibu bapa kamu.. btapa mulianya mereka bersusah payah utk memastikan kamu jadi pelajar berjaya..


dari cikgu Mohaini Jawati

sempat saya interview dia sekejap tadi..

Nama Ayah= Mohamad bin Abd Wahab

Nama Ibu= Esah binti Derahman

"Saya belajar sbb nk berjaya mcm org lain supaya dpt Bantu keluarga saya. Saya selalu fikir kalau org lain dpt berjaya kenapa saya tak dpt nk berjaya jugakkan? So saya pun kena berjaya semampu yg saya boleh. Ada org yg berjaya Dari segi kokurikulum tapi bagi org yg fizikal mcm saya mestilah Susah sikit, so saya cuma dpt fokuskan diri utk berjaya dlm bidang akademik je Dan alhamdulillah dpt jugak menggembirakan keluarga saya."

"Tip study Dan berkawan= Saya suka study kt tmpt yg tak ramai org sbb boleh fokus Dan saya suka study dgn kwn2 saya yg nk study jugak. Bila cikgu ajar dgr je Dan kalau dh tak dpt nk fhm apa yg cikgu ajar Tu jgn buat benda lain,jgn tido dlm kelas, just dgr je (buat2 fhm) Dan cover semula nnti."

"Paling PENTING, kena Jaga hati cikgu.
Waktu belajar jugak saya suka dikelilingi kawan2 saya yg pandai2 Tu sbb saya fikir atleast mudah-mudahan nnti saya pun jadi pandai."

Gambar Hiasan
"Impian saya utk family= saya harap Ibu ayah saya dh tak perlu kerja kuat lagi lepasni Dan diorg akan dpt hidup lebih senang sikit nnti bila saya dh dpt kerja ke...mcm tulah.
Kalau Ada rezeki lebih boleh hntr diorg pergi Haji kan"

Dikesempatan ini juga saya cikgu ebay mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2017 samada cemerlang atau tidak..ini bukan pengakhiran..tetapi ini permulaan hidup anda,,teruskan berjuang..jgn lupakan kami disini..sehingga akhir nafas anda tetap anak murid kami..dan kami cikgu anda..

tahniah pihak pengurusan maktab..pihak MUAFAKAT MRSM Johor Bahru yang membantu dlm pelbagai perkara...para rakan guru yang mendidik xpenah kenal penat lelah....tahniah kepada rakan2 staf yang amat banyak membantu para pelajar dan guru...tahniah buat ibu bapa anda juga adalah pendidik yang sebenar....tahniah kepada pelajar atas segala2nya..

Anak2 pelajar selalu igtkan diri anda pekara ini..
“Setitik air mata ibu dan ayah mengalir disebabkan kejayaan, kebaikan, kita..ibarat selaut pahala yg anda dpt..” usahakan ini..

Ikhlas cikgu ebay

Itu gambar dia masa tingkatan 1 Hari Pendaftaran 15/1/2013



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "