Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Along, Ayah Nak Beli Ikan Keli Nie Boleh?'', Layanlah Mereka, Supaya Kita Tak Terkilan Kemudian Hari

18 Mac 2018
3 ulasan

Pengorbanan ibu bapa tidak terkira nilainya. Setiap apa yang dikorbankan, kasih sayang yang dicurahkan dan keringat yang tumpah buat si anak tidak wajar dipandang remeh oleh kita. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang semakin lanjut, sentiasa punya peluang bagi anak-anak untuk berbakti selagi usia ibu bapa belum terhenti.

Namun begitu, ibu bapa yang semakin hari meniti usia tua, akan semakin sensitif perasaannya. Apabila anak-anak membesar, mereka akan lebih cenderung merasa sunyi terutamanya bila anak mengabaikan mereka tanpa perhatian.

Perkongsian oleh Ummi Yahaya melalui laman facebook boleh dijadikan renungan buat semua insan yang bergelar anak di dunia. Bukan duit ringgit yang dimahukan, hanya secebis perhatian di usia senja yang entah berapa lama lagi masih tersisa di dunia ini. 

Mari kita ikuti kisah ini. Buat pedoman untuk kita yang bergelar anak.

"along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?"


Kisah pagi tadi. Lepas habis check up ibu, dia nak singgah Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat hari tu.

Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu.

Saya dah perasan ayah jenguk2 kedalam. Saya agak dah, ayah ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula2 cakap, tak nak lah sambil terus tolak troli kedepan.


Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan drag dulu. Anak saya cam biasa, dia akan layan atoknya borak, dia tanya " atok nak ikan keli tu tak tok?"

"entah ye, boleh ke atok nak sekor?"

"boleh lah kot. Nanti kita tanya umi"

Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya "along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?"

Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih ikannya. Tersengeh2 dan gelak2 ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan sebab salah ikan.


Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap cukuplah satu, ayah nak rasa2 je... Allahu..

Kawan, dulu...waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang sama, waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan kerenah kita.

Hari ni, dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma mahukan perhatian dan lawan berbual. Makan pun tidak seberapa.

Kita...belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja kenangan indah2 supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan

Ummi Yahaya.
Perasan Anak manja ayahibu

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  3. Mari bergabung dengan saya di www*dot*fansbetting*dot*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "