Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Bebel Anak Kena Ada Cara, Salah Bebel, Anak Boleh Jadi Negatif, Langsung Tak Dengar Kata

1 Mac 2018
No Comment

Mendidik anak menjadi satu cabaran yang besar bagi setiap ibu bapa. Tak dinafikan, setiap dari ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak supaya mendengar kata dan patuh kepada mereka. Tidak terlepas, bebelan kepada anak jika mereka masih degil atau mengulangi kesalahan. Tipulah jika cakap tiada ibu bapa yang tidak bebelkan anak-anak mereka.

Namun pernah tak ibu bapa rasa, dah puas dileter anak aku ini, tapi perangai masih sama. Umpama, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tak terkesan, malah makin menjadi-jadi.

Sebenarnya, nak bebel anak perlu ada cara. Jika salah bebel, anak boleh jadi negatif malahan lebih teruk lagi. Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif melalui laman facebook ini wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa di luar sana. Bebelan positif adalah bebelan yang tidak menggunakan sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk.

Jom kita ikuti perkongsian doktor ini seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Teknik Membebel

Bila isteri saya kepenatan saya biarkan je dia bebel anak-anak asalkan berpada pada dan jaga bahasa supaya tak terkeluar doa doa yang tak elok untuk anak-anak.


Ada masanya, bebel tu jadi terapi juga untuk si dia kan.

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.

Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.


Cara yang salah :
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok dalam bakul

Cara yang betul :
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

Cara yang salah :
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

Cara yang betul :
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

1. Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.

2. Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "