Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan ''Workaholic'' Sampai Waktu Rehat Pun Pulun Kerja, Pesanan Doktor Ini Untuk Semua

7 Mac 2018
3 ulasan

Kalau namanya kerja, sudah tentu penat. Bila badan dan otak letih, hendak buat kerjapun rasa tidak ada mood. Itu sebab pentingnya badan dan otak anda mendapat rehat yang secukupnya apabila sudah letih bekerja.

Perkongsian oleh Doktor  Mohd Fadhli Mohd Fauzi di laman sosial facebook boleh dijadikan renungan untuk semua. Pentingnya badan mendapat rehat yang cukup apabila penat bekerja. Setelah seharian melakukan pelbagai  tugasan pasti badan letih, jadi rehat diperlukan untuk membina semula kapasiti mental dan fizikal anda.

Paling penting waktu rehat yang diberi oleh majikan harus dimanfaatkan sebaiknya, bukannya digunakan untuk siapkan kerja anda. Nampak remeh, tapi jika berterusan dilakukan, akan menjejaskan pretasi dan fokus kerja anda pada waktu petang.

Jom kita ikuti perkongsian Dr. Fadhli seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat.

KERJA ADALAH SESUATU YANG MEMENATKAN!

Apabila anda bekerja, anda menggunakan fizikal dan mental untuk melakukan sesuatu tugasan, dan ini boleh membuatkan anda penat jika tiada rehat untuk bina semula kapasiti fizikal dan mental anda.

Sebelum mula kerja memang tak penat, tapi bila tengahari mesti penat. Kalau tengahari tak cukup rehat, petang pasti tak boleh buat kerja dengan baik. Fokus ke laut, dan mungkin masuk ke alam mimpi.

Bila balik kerja, pasti rasa penat. Kena pandu balik rumah, tempuh jem. Sampai rumah, penat. Kadang-kadang, terus tidur dan tak terlayan anak-anak. Ini namanya penat akut.


Ringkasan berkaitan penat (fatigue) & rehat (recovery).

Kalau rehat di antara dua waktu kerja tak cukup, anda pasti akan mulakan shif kerja berikutnya dalam keadaan penat. Kemudian campur penat kerja hari tersebut, anda akan balik dengan penat kuasa dua. Dan jika masih tak cukup rehat, maka balik kerja hari berikutnya dengan penat kuasa tiga hinggalah anda mengalami penat kronik.

Dipendekkan cerita, anda perlukan rehat yang mencukupi ketika bekerja (within work) dan di antara dua waktu kerja (intershift).

Ketika waktu kerja, jangan biarkan punggung di kerusi dari 8am hingga 1pm. Setiap 30 minit bolehlah bangun jalan atau buat regangan 1 minit dan kemudian duduk sambung kerja. Tengahari rehat 1 jam tu kena rehat, jangan workaholic siapkan kerja supaya boleh fokus waktu petang.


Selepas waktu kerja, cari aktiviti apa yang menghilangkan penat contohnya rileks (tidur, santai dengar muzik, bermeditasi, solat sunat). Main dengan anak2 pun boleh hilangkan penat tau.

JANGAN buat sesuatu yang menambahkan penat contohnya saja2 balik lambat dari kampung tengah malam, kemudian sampai rumah 6am, dan terus rasa penat nak kerja pada hari yang sama (memang plan nak ambil mc pun).

Kalau penat baca, terus tidur sekarang sebab esok kena kerja, kan? Jangan kata penat sebab tidur lambat!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "