Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Menilai Kalau Anda Tiada Dalam Perjalanan Itu," Ziana Zain Luah Perasaan Dengan Sekeping Gambar Di Instagram

7 Mac 2018

7 Mac - Baru-baru ini keluarga penyanyi terkenal, Ziana Zain terpalit dengan satu kontroversi apabila suaminya didakwa mendera anaknya sehingga lebam dan luka.

Timbul tanda tanya kepada peminat dan pengikut setianya kerana ini kali pertama keluarga penyanyi tersebut mengalami situasi seperti ini.

Selepas beberapa hari kisah ini tersebar di media sosial, Ziana Zain memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya tanpa kapsyen. Namun, apa yang tertulis di atas gambar tersebut ialah Don't judge my path if you haven't walked my journey' (Jangan menilai jalan saya jika anda tidak berada dalam perjalanan itu).

Kata-kata itu seakan menggambarkan apa yang sedang dialami Ziana Zain dan keluarganya ketika ini dan berharap netizen tidak mengadili sesuka hati tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Pengikutnya di Instagram memberikan kata-kata positif kepada beliau dan keluarga serta mendoakan kesejahteraan keluarga Ziana selepas ini.

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

Semalam, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada jam 4 pagi bertarikh 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.


Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula. Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "