Cinta tanpa syarat daripada seorang cucu kepada datuknya ini sangat menyentuh hati sesiapa saja yang melihat.
Fu Xue Wei, 25 tahun, berasal dari Chengdu, China, baru -baru ini tular di media sosial kerana telah merakam beberapa gambar momen manis 'perkahwinannya' dengan seorang lelaki yang ternyata bukan pengantin sebenar, tetapi datuknya sendiri.
Menurut Xue Wei, ibu bapanya telah bercerai semasa dia masih berada di sekolah rendah dan sejak itu, dia telah dibesarkan oleh kedua datuk dan neneknya. Walaupun hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, Xue Wei tetap dibesarkan dengan kasih sayang dan keperluan yang cukup.
Xue Wei dijaga oleh kedua datuk dan neneknya sehingga dia terpaksa meninggalkan mereka selepas membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Switzerland dan Singapura ketika berusia 18 tahun. Sejak itu, Xue Wei membentuk satu ikatan yang sangat mendalam antara dia dan kedua penjaganya itu serta sering menganggap mereka sebagai teman paling rapat disisinya.
Pernah suatu ketika, datuknya diserang strok dibahagian otak serta mengalami serangan jantung ketika mandi yang telah menyebabkannya mengalami lumpuh seluruh badan. Kejadian itu membuatkan Xue Wei terlalu takut untuk kehilangan mereka dan mengambil keputusan untuk menjaga datuknya selama tiga bulan di hospital.
Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Datuknya mengalami strok kali kedua pada September tahun lalu dan mengakibatkan kesihatannya semakin teruk. Pada usianya 87 tahun, ingatannya mula pudar dan Xue Wei tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepadanya jika kehilangan datuk yang sangat dia sayang satu hari nanti.
Oleh itu, pada 7 Disember 2017 yang lalu, Xue Wei telah menggunakan 'pemeriksaan hospital' sebagai alasan 'berbohong' kepada datuk dan neneknya untuk membawa mereka ke kedai gambar bagi merakam momen perkahwinan mereka berdua.
"Saya ingin dia lihat saya pada saat yang paling indah. Saya sangat risau dan takut jika dia tidak dapat melihat saya pada hari perkahwinan saya nanti. Tidak kira untuk siapa saya memakai gaun ini, tapi apa yang paling penting, datuk perlu tengok dengan matanya sendiri."
"Saya harap dengan apa yang saya lakukan ini dapat menggambarkan perasaan sayang dan cinta saya terhadapnya dan berharap juga bakal suami, serta anak-anak saya tahu akan kewujudan datuk saya."
Xue Wei melakukan semua ini kerana datuknya terlalu teringin melihatnya menjadi pengantin. Tanggungjawabnya terhadap karier terlalu awal, jadi dia tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Tetapi dia selalu bimbangkan keadaan datuknya yang dilihat sudah agak uzur untuk melihatnya berkahwin dengan seseoarang.
Bulan lalu, Xue Wei telah mendapatkan tatu dibahagian berwajah datuknya di lengan kanan. Disebabkan kesakitan daripada proses tersebut, dia hanya mampu mendapatkan beberapa ukiran namun dia berjanji akan kembali untuk menyambungya dibahagian bahu dan leher.
Xue Wei ingin ramai orang tahu bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan rasa cinta mereka, namun dia menasihati masyarakat untuk tidak mengikuti apa yang dia lakukan kerana ini adalah cara dia untuk menyampaikan cintanya kepada datuk, mungkin orang lain ada cara yang berbeza untuk menyatakan hasrat cinta mereka tersendiri.
Siakapkeli.my
Sumber: Bored Panda
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Cari agen judi online aman dan terpercaya?
PadamDaftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
PadamKontak bbm 5ee80afe