Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Basic Meds'' Yang Wajib Dibawa Sekiranya Melancong, Saranan Doktor Untuk Semua

26 Mac 2018

List of basic meds yang saya rasa perlu dibawa untuk pelancong. 
(Sebab nama ubat di Malaysia saya tak berapa familiar jadi saya tak share nama ubat nye)

1. Ubat demam
Ubat demam ni boleh juga berfungsi sebagai pain killer juga ye.

2. Ubat batuk

Ada dua jenis, satu untuk batuk yang kering, satu gi tuk batuk berkahak. Bawak dua2. Penggunaan bergantung kepada ada terbentuk kahak ke atau tiada kahak (batuk yang kering).
Kalau untuk orang yang ada asthma atau batuk berkahak, saya tak galakkan guna ubat untuk batuk yang kering. Nanti payah nak keluarkan kahak.

3. Ubat antihistamine

Sesuai untuk time berhingus dan orang yang ada allergies baik bawak. Antara musim bunga ~ musim luruh, banyak debunga berterbangan. Tak kira ada history of allergies ke tidak, banyak debunga di sini tak wujud di negara kita, jadi mungkin ada yang akan terus develop allergies masa mai sini.

4. Ubat mabuk naik kenderaan
Penting sebenarnya ni tanpa disedari.

5. Ubat untuk kurangkan kembung perut
Saya paling suka Gripe Water. Entah kenapa time kena indigestion ni paling sesuai dengan saya.

6. Ubat untuk food poisoning etc macam charcoal

7. Probiotics

8. Oral rehydration salt

Sesuai untuk time cirit birit. Saya tak galakkan ubat tahan cirit birit mahupun ubat tahan muntah sebab cirit birit dan muntah memainkan peranan penting dalam buang kuman dari badan. Tapi boleh juga dibawa kalau rasa nak bawak gak. Yang penting pastikan anda sentiasa amik fluid yang mencukupi supaya badan tidak dehydrate.

9. Thermometer
Bukan ubat tapi penting ye!

10. Cool Fever
Untuk tempek kat dahi bagi lega time demam atau sakit kepala etc.

11. Lozenges tuk sakit tekak

Terutama untuk musim sejuk dan kering antara musim luruh ~ musim bunga.

12. Basic first aid kit



ORAL STEROID TAK PERLU KE?

Oral steroid ni bagi saya PERLU DIGUNAKAN BAWAH PENGAWASAN DOKTOR. Tak boleh diguna sewenang2! Ada orang yang guna untuk kononnya nak kurangkan inflammation time demam. INGIN SAYA NAK INGATKAN SUHU BADAN NAIK, SAKIT BADAN SANA SINI ETC tu response sistem imun badan untuk bantu lawan kuman yang menjangkiti badan kita.

Kalau di Jepun, selagi suhu badan tidak melebihi 38.5℃, kami tak galakkan pun amik ubat demam sebab suhu tu perlu tuk badan bunuh kuman. Steroid ni ada fungsi untuk halang dari sistem imun response dengan baik jadi boleh menyebabkan demam jadi teruk dan boleh menyebabkan jangkitan lain plak. Kalau nak gak bawak steroid, SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR! BUKAN PHARMACIST YE!

BAGAIMANA PULA ANTIBIOTIC?

Saya tak galakkan bawak juga. Sebabnya, kebanyakan demam flu ni disebabkan oleh kuman virus yang tidak boleh dibunuh oleh antibiotic.

Antibiotic hanya akan digunakan jika ada kebarangkalian kena jangkitan kuman bakteria dan HANYA DOKTOR SAJA YANG LAYAK UNTUK PRESCRIBE ANTIBIOTIC sebab penyalahgunaan antibiotic tanpa pengawasan boleh menyebabkan macam2 masalah yang tidak dikehendaki. Baik pi jumpa terus doktor di sini!

ADA JUGA UBAT DEMAM ALL IN ONE YANG MENGANDUNGI UBAT DEMAM, UBAT BATUK, ANTI HISTAMINE ETC. MACAMANA DENGAN UBAT NI?

Ubat ni hanya boleh diguna dengan syarat, ANDA ADA SUHU BADAN YANG TINGGI (atau sakit badan, sakit sendi, lenguh badan etc), BATUK DAN HINGUS pada masa yang sama. Jika tidak mempunyai ketiga2 simptom di atas hanya salah satu saja, saya tak galakkan amik.

Tapi bab batuk tu kena tengok juga jenis ubat batuk apa yang ada dalam ubat tersebut sebab ubat untuk batuk yang kering tidak sesuai untuk batuk berkahak. Bagi saya, walaupun mudah jenis yang all in one ni baik bagi ubat mengikut simptom yang ada.

Ni yang basic saja ye. (Mungkin saya re-edit untuk tambah ubat2 lain. Opinion2 semua juga sangat2 dialu2kan.)

Kredit: Dr Sufi Norhany

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "