Expedia yang merupakan laman web tempahan perjalanan yang digunakan untuk menempah tiket penerbangan, tempahan hotel, penyewaan kereta, pelayaran dan pakej percutian telah menjalankan satu kajian percutian yang membuktikan bahawa tahun lalu, Malaysia adalah negara ketiga di dunia yang paling kurang bercuti di luar negara dan yang kedua di Asia Pasifik.
Kajian Percutian Expedia itu telah dijalankan menerusi laman web percutian, Expedia.com, terhadap 15,000 orang yang bekerja membabitkan 30 negara di seluruh dunia, mendapati 53 peratus mereka kurang bercuti.
Jika dibandingkan dengan benua Amerika dan Eropah, Asia Pasifik mendahului senarai sebagai penduduk di benua yang paling kurang bercuti. Kajian tersebut juga menunjukkan Korea Selatan berada di tangga teratas sebagai negara yang paling kurang bercuti dengan peratusan tertinggi sebanyak 81 peratus pekerja rasa hilang nikmat percutian.
Pengurus Besar Expedia Southeast Asia dan India, Simon Fiquet, berkata kajian mendapati, dua daripada tiga atau 65 peratus daripada rakyat Malaysia kurang pergi bercuti.
"Sebanyak 52 peratus pekerja di Malaysia dilaporkan terpaksa membatalkan rancangan percutian kerana tugasan di tempat kerja manakala 37 peratus mengambil semua cuti tahunan.
"Ini sekali gus menunjukkan penduduk di negara ini perlu menetapkan semula keseimbangan kerja dan kehidupan luar," katanya.
Jelas dengan kajian tersebut, antara faktor yang mempengaruhi rakyat Malaysia kerana tidak bercuti di luar negara, salah satunya disebabkan oleh isu kewangan dan kemampuan. Isu tersebut meliputi 35 peratus daripada punca utama.
Kira-kira 31 peratus rakyat Malaysia menyimpan waktu cuti untuk digunakan kemudian jika diperlukan dan 26 peratus atas sebab tidak dapat melepaskan kerja (26 peratus).

"Jika dapat bercuti mereka lebih tenang dan menyeronokkan sekali gus dapat memberi keseimbangan pada kerja dan kehidupan seharian," katanya.
Justeru itu, 49 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa percutian adalah sangat penting bagi mereka untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan yang baik dan menjamin kesejahteraan keseimbangan kerja dan gaya hidup secara umum.
Ianya jelas apabila ada diantara rakyat Malaysia ini menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya.
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadamKontak bbm 5ee80afe
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)