Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Jenis Tumbuhan Boleh Menghalau Tikus Dari Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan

6 Mac 2018

Terdapat beberapa kategori tikus yang boleh dipelihara serta tikus jalanan yang bertindak sebagai haiwan perosak dan pembawa penyakit.  Kehadiran tikus perosak ini dikediaman pasti merunsingkan kerana ciri-ciri mereka yang suka merosakkan barang serta membawa bakteria dikawasan laluannya.

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk mencegah kehadiran haiwan ini, antaranya adalah memasang perangkap tikus atau meletakkan racun disekitar laluan yang biasa digunakan.  Namun, jika gunakan racun, baunya akan menyusul dahulu sebelum bangkainya dijumpai.


via GIPHY

Di bawah ini kami kongsi 3 jenis daun yang mampu menyelesaikan masalah tikus perosak dengan mencegah kehadiran mereka tanpa perlu membunuh.  

1. Daun Durian Belanda

Letak daun durian belanda ditempat yang kerap menjadi laluan tikus dengan jumlah helaian yang banyak.  Sebelum diletakkan, siat atau ramas daun tersebut kerana bau daripada durian belanda itu amat tidak digemari oleh tikus.  Tips penting; ambil daun yang matang saja untuk tahan lebih lama kerana daun muda tidak mengeluarkan bau yang kuat. Bukan saja dapat mencegah kehadiran tikus, daun durian belanda mampu mengelakkan kehadiran tungau, kutu beras, dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka.




2. Buah Mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama perbuatan moden mahupun tradisional.  Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk masuk kedalam rumah.



3. Daun Pudina

Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan dan sebagai ramuan didalam masakan.  Aromanya yang segar sebenarnya mengancam tikus.  Untuk menghalang mereka, penyediaannya agak sedikit rumit.  Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, campurkan dengan air dan tapis.  Masukkan tapisan daun pudina kedalam penyembur dan sembur sekeliling rumah atau kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus.  Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.



Siakapkeli.my

Sumber: Impiana
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "