Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Bomba Sahkan Punca Kebakaran Bangunan KWSP Percikan Dari Kerja Penyelenggaraan Sambar Bahan Mudah Terbakar

13 Feb 2018

Rentetan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing pagi Selasa tadi, pihak bomba mendapati ianya berpunca daripada percikan api daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang terkena pada lapisan pelindung atau cladding yang mudah terbakar dibahagian luar bangunan terbabit.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa pada pukul 11.52 pagi dan tiba ditempat kejadian enam minit kemudian.

"Kesemua kekaitangan yang berada dalam bangunan itu telah dibawa ke tempat selamat. Tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan lain, cuma kesesakan yang berlaku hingga ke Kuala Lumpur."

"Kebakaran hanya berlaku di luar bangunan sahaja. Ia berpunca daripada penyelenggaraan di tingkat satu yang menyebabkan kebakaran luar bangunan."

"Faktor penggunaan cladding (material bangunan) yang mudah terbakar di luar bangunan menyebabkan api cepat marak. Ditambah pula dengan cuaca panas dan angin."


"Ia turut dijumpai di tempat kejadian dan kita dapati ia diperbuat daripada poliform yang mudah terbakar."

"Ini tidak sepatutnya digunakan di semua bangunan."




Menurut laporan media, semua dokumen penting selamat walaupun tingkat enam bangunan berkenaan terkena sedikit percikan api.  Soiman menambah lagi, "usaha akan dilakukan untuk menukar semua material yang digunakan di luar bangunan dan mengikut standard yang betul."

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pejabat itu akan ditutup sementara waktu dan memberi jaminan kepada pencarum bahawa segala maklumat tidak terjejas dan bekerjasama dengan pihak bomba memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain malah kawasan berdekatan.

Daripada kenyataan KWSP itu juga mereka memberitahu, majikan yang ingin menjalankan sebarang urusan boleh terus mengunjungi cawangan lain yang berdekatan atau terus ke ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut.

Siakapkeli.my

Sumber: Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "