Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Cipta Alas Kasut 'Anti Hari Kekasih', Boleh Cetak Dan Pijak Gambar Bekas Kekasih Untuk Balas Dendam

19 Feb 2018

15 Feb - Putus cinta atau ditinggalkan kekasih pasti sesuatu perkara yang memeritkan. Malah ada individu yang bertindak diluar kawalan kerana tidak mampu mengawal kesedihan yang dialami, lapor The Sun.

Sebuah studio di London telah memberi peluang kepada mana-mana individu untuk melupakan kisah duka berkenaan dan pada masa yang sama membalas dendam kepada bekas kekasih.

Syarikat Bompass & Parr mencipta pengalas kasut yang digelar 'Anti Hari Kekasih' di mana pelanggan boleh menempah untuk mencetak gambar bekas kekasih mereka di ata pengalas kasut itu.

Menurut syarikat itu, dengan adanya pengalas kasut seumpama itu, memberi peluang kepada orang ramai untuk membalas dendam selepas ditinggalakn secara simbolik memijak bekas kekasih mereka.


Kepada yang berminat boleh menghantar gambar bekas kekasih mereka kepada studio berkenaan dan mencetak gambar tersebut di atas alas tapak kasut sebelum dihantar semula kepada pelanggan untuk digunting mengikut saiz kasut mereka.

Hanya 25 tempahan sahaja yang akan diterima sempena Hari kekasih pada 14 Februari baru-baru ini, tetapi atas sambutan yang luar biasa, syarikat percetakkan itu terpaksa membuka tempahan yang lebih kepada orang ramai.

“Dengan berjalan sambil memijak wajah seseorang yang membuat anda sedih atau marah, tapak kasut ini memberi kesan psikologi kepada pemakainya.

“Ia satu peluang untuk mengembalikan jiwa daripada seksaan akibat putus cinta, memberikan satu lonjakan psikologi dan mempersiapkan diri anda untuk hubungan yang seterusnya,” kata pengarah Bompass & Parr, Harry Parr.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ltk gambo trump, netanyahu dan bashar bagus ni

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "