Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ubah Rumah Jadi Homestay Salah Dan Pemilik Terdedah Dengan Tindakan Undang-Undang? Peguam Hartanah Ini Jelaskan Impaknya

23 Feb 2018
Gambar Hiasan
23 Feb - Menjadikan rumah yang dibeli sebagai salah satu pendapatan sampingan sudah menjadi kebiasan kepada pemilik rumah di Malaysia.

Permintaan Homestay di Malaysia sudah meningkat sejak kebelakangan ini. Atas sebab ini, ramai pemilik rumah berebut-rebut untuk menjadikan rumah mereka sebagai Homestay.

Tahukan anda, menukar rumah kediaman anda sebagai Homestay adalah salah disisi undang-undang di negara ini?

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor di laman facebooknya.

Menurut Salkukhairi, setiap bangunan kediaman itu biasanya telah ditetapkan syarat nyata, syarat tersirat dan syarat kegunaan di dalam suratan hakmilik (geran) hartanah tersebut yang mana ianya hanyalah untuk tujuan kediaman sahaja.

Jika pemilik hartanah tersebut menggunakan rumah mereka untuk tujuan perniagaan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 127 (1A) Kanun Tanah Negara atau hartanah tersebut boleh dirampas di bawah Seksyen 129 Kanun Tanah negara.

Jom ikuti perkongsian Salkukhairi tentang kesalahan mengubah rumah menjadi homestay. Semoga bermanfaat.


UBAH RUMAH JADI HOMESTAY SALAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG?

1. Disebabkan permintaan masyarakat terhadap homestay semakin meningkat dari sehari ke sehari, ramai pemilik rumah kediaman mengambil langkah mengubah rumah mereka menjadi homestay.

2. Tindakan ini walaupun dari segi bisnesnya menguntungkan pemilik premis itu sendiri, tetapi sebenarnya tanpa disedari ianya boleh mendedahkan pemilik premis kepada tindakan undang-undang.

3. Ini kerana setiap bangunan kediaman itu biasanya telah ditetapkan syarat nyata, syarat tersirat dan juga syarat kegunaan di dalam suratan hakmilik (geran) hartanah tersebut yang mana ianya hanyalah untuk tujuan kediaman sahaja.

4. Maka, sekiranya seseorang itu menggunakan rumah mereka untuk tujuan perniagaan seperti homestay, ianya jelas boleh dianggap sebagai melanggar syarat nyata, syarat tersirat atau syarat kegunaan hartanah tersebut daripada bangunan kediaman menjadi bangunan komersial.

5. Kesannya, pemilik hartanah tersebut boleh didenda di bawah Seksyen 127 (1A) Kanun Tanah Negara atau hartanah tersebut boleh dirampas di bawah Seksyen 129 Kanun Tanah Negara.

6. Selain daripada itu, setiap bangunan yang didirikan perlulah mematuhi syarat-syarat kelulusan bangunan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 mengikut kategori sesuatu bangunan tersebut.

7. Biasanya sesebuah bangun kediaman itu telah ditetapkan syarat- syarat binaan yang perlu ada sebelum pembinaan sesebuah bangunan itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

8. Maka dengan mengubah rumah kediaman menjadi premis perniagaan seperti homestay, memerlukan pemilik mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan di bawah peruntukan Seksyen 74 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

9. Sekiranya gagal, maka bangunan yang digunakan sebagai homestay tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 72 dan 73 Akta Parit dan Saliran dan jika sabit kesalahan pemilik premis boleh dikenakan penalti atau premis tersebut boleh dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

10. Selain daripada itu, tindakan pemilik rumah kediaman menjadikan premis mereka sebagai homestay dibimbangi boleh menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik bangunan berhampiran termasuklah jiran dan penduduk sekitar.

11. Tindakan penyewa homestay yang meletakkan kenderaan mereka ditepi-tepi jalan atau membuat bising di premis homestay tersebut boleh menyebabkan halangan dan gangguan kepada pemilik premis yang lain.




12. Perkara ini menyalahi Seksyen 86 Akta Parit dan Saliran 1974 dan juga peruntukkan Undang-undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

13. Selain daripada itu juga, rumah kediaman yang digunakan sebagai homestay tidak dilindungi oleh polisi insurans bangunan kediaman kerana ianya telah menyalahi syarat kegunaan bangunan tersebut daripada rumah kediaman kepada bangunan komersial. Maka, jika berlaku sesuatu musibah, rumah tersebut tidak dilindungi oleh polisi insurans.

14. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kerajaan menggubal satu undang-undang yang khusus untuk mengawal dan menyelia urusan berkaitan perniagaan homestay ini.



15. Selain daripada disyaratkan keperluan mendaftarkan perniagaan homestay tersebut, pemilik juga perlu mendapatkan lesen operasi homestay daripada pihak berkuasa tempatan dan perlu terikat dengan syarat-syarat dan spesifikasi bangunan yang bersesuaian dengan premis komersial untuk tujuan homestay tersebut.

16. Pemilik homestay juga perlu membuat permohonan tukar syarat kegunaan tanah untuk sementara waktu dari status bangunan kediaman kepada komersial bagi membolehkan ia mematuhi syarat kegunaan bangunan yang sesuai.

17. Selain daripada itu pemilik homestay yang telah memperolehi lesen pengendali homestay daripada pihak berkuasa tempatan juga kelak perlulah mempastikan pelanggan mereka tidak membuat kacau ganggu terhadap jiran-jiran dan pemilik premis sekeliling. Sekiranya gagal, lesen operasi homestay mereka boleh dibatalkan.

18. Cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menyekat orang ramai menjalankan perniagaan homestay tetapi sekadar untuk mempastikan keselesaan dan keselamatan bukan sahaja kepada bangunan tersebut bahkan juga kepada pengunjung yang menyewa homestay tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 11 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Memang pun homestay tu tempat penginapan, bukan tempat perniagaan. Tidak ada jual beli berlaku di premis itu. Rampaslah premis-premis perniagaan yang dijadikan tempat perjudian atau tempat maksiat

    BalasPadam
  6. ADMIN TAK PAHAM APA ITU HOMSTAY SEBENARNYA DAN KONSEP HOMSTAY, SAYA HARAP ADMIN RUJUK MOTEC UNTUK KEFAHAMAN

    BalasPadam
  7. Ni semua nak duit sbb cukai tanah cukai pintu lepas tu pulak hotel/ resort rasa tergugat.... walhal ni bisnes kecik2 je... tak sehebat hotel... ni semua nak cekik darah

    BalasPadam
  8. Ni semua nak duit sbb cukai tanah cukai pintu lepas tu pulak hotel/ resort rasa tergugat.... walhal ni bisnes kecik2 je... tak sehebat hotel... ni semua nak cekik darah

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Semua nak cekik darah homestay bisnes kecik2

    BalasPadam
  11. NI SATU LG YD TAK PAHAM......ENGKO BUAT HOME TO STAY KE HOMESTRAY...

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "