Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinggalkan 4 Orang Anak Dengan Pistol, Ibu Ini Pergi Bercuti Ke Jerman Selama 2 Minggu

27 Feb 2018

27 Feb - Seorang ibu kepada empat orang anak meninggalkan kesemua anaknya yang berusia enam hingga dua belas tahun tanpa pemantauan orang dewasa dengan pistol sebagai perlindungan untuk bercuti ke Jerman selama 2 minggu.

Memetik laporan Daily Mail, Erin Macke dari Johnston, Lowa menaku bersalah atas empat pertuduhan yang membahayakan kanak-kanak. Dia sebelum ini turut didakwa atas kesalahan senjata api yang digugurkan susulan pengakuannya.

Erin, 31, berdepan hukuman penjara 2 tahun bagi setiap pertuduhan, gagal mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak-anaknya yang sepasang kembar berusia 12 tahun dan dua lagi berusia enam dan tujuh tahun sebelum bercuti ke Jerman pada 20 September lalu.

Salah seorang dari anaknya menelefon bapanya dan mengadu mereka ditinggalakn menyebabkan lelaki itu menelefon pihak polis.

KCCI mlaporkan pekerja kebajikan yang membuat pemeriksaan mendapati mereka ditinggalakn, manakal pistol diletakkan di atas meja dengan dua kelopak secara terbuka. Kanak-kanak berkenaan berkata, ibu mereka dijadulakan bercuti di Jerman sehingga 1Oktober.


Polis kemudian menghubungi Erin dan mengarahkannya pulang serta-merta, namun wanita itu cuma kembali pada 27 September sebelum terus ditahan.

Sepanjang tempoh itu dia sempat memuat naik gambar ke Instagram menceritakan keseronokannya bercuti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "