Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selalu Masak Tapi Tak Pernah Servis Dapur? Jom Minta Pasangan Buat Kerja Romantik Bersihkan Dapur Gas Dengan Mudah

13 Feb 2018
3 ulasan

Persekitaran yang bersih membuatkan kita menjadi lebih selesa untuk bekerja atau melakukan tugas sehari-hari.

Bagaimanapun bukan sahaja persekitaran yang perlu dibersihkan malah barang-barang yang sering digunakan juga perlu dibersihkan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

Antara peralatan dan barang yang sering kita gunakan tetapi jarang dibersihkan ialah dapur memasak.


Pasti ramai yang menyangka agak susah untuk membersihkan dan servis dapur ini kerana jarang-jarang dibuat. Tetapi jika kita pelajari cara dan kaedah membersihkannya daripada perkongsian Abdul Ghopar Zakaria Ansari di laman facebooknya, rupanya mudah sahaja nak servis dapur kesayangan ni.

Mari ikuti perkongsian berguna ini.

Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.


Alat-alat yang perlu disediakan:

1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau



Cara-cara servis:

1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)

2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)

3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)

4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)

5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)

Sumber-  Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "