Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Period Tak Datang 3 Bulan, Bila Scan Cyst Dah Membesar Lebih 6 CM'', Wanita Jangan Ambil Remeh

23 Feb 2018
3 ulasan

Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. Ia dipanggil cyst sebab ketumbuhanan ini mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain.

Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

Perkongsian oleh Yatt Amin menerusi laman facebook diharap dapat membuka mata wanita di luar sana agar tidak mengambil mudah.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat untuk wanita di luar sana.

Assalamualaikum and good morning untuk kwn2... sy nak bg info buat kwn2 prempuan yg sy sayang dan di luar sana.. sebelum ni tak pernah pon ambik taw cyst tu apa.. jenis2 cyst.. tapi jadi kat diri sendiri baru la nk google.. 

Yatt mula rasa nak p check bila period tak datang 3 bulan lebih.. sebelum ni pi klinik doktor kata hormon saja.. so tak suspek apa2.. tapi bila badan mkin lama mkin gemok (makan biasa ja)..perut buncit.. mula risau.. p scan tgk2 nahh 6.16cm dh cyst..doc ckp ada pcos tp tak confirm lg.. hormon laki lbih..so cyst tu kna operate sbb dh lbih 5cm..dktr tebuk 3 lubang (lap cystect)... 



Lepas operate doktor kata yatt ada DERMOID CYST... apa tu??? Dermoid cyst ni dalam karung ada gigi.. rambut.. kulit dan lemak2.. benda ni ada sejak lahir lagi cuma kita ja tak taw.. bukan sihir taw.. kalau dengar ada rambut and gigi mesti pikir kena sihir ka apa.. hehe..



Cyst ni kacau ovum and period kita.. salah satu sebab susah nak pregnant.. dan ganggu hormon kita.. dia blok ovum daripada keluar senyawa... so kwn2 kt luar sana jangan malu p cek kt doktor.. scan sja tak mahal around 70 ke 100 mcm tu..

Cyst ni ada banyak jenis taw.. try google.. ada yg jenis daging.. jenis karung ada air.. mcm2 lagi.. prevention is better than cure.. jgn pandai2 dok try mcm2 product kt luar sebelum dapat nasihat doktor sebab ada kandungan dalam product boleh aktifkan cyst kita.. 

Moga post ni boleh bagi kesedaran untuk wanita kat luar sana untuk buat regular check up untuk rahim dan payudara.. sebab tu antara penyakit utama yg serang wanita..

*sumber pic daripada google...

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "