Pelakon Bollywood Sridevi Meninggal Dunia Akibat Lemas Dalam Tab Mandi, Bukan Serangan Jantung
DUBAI: Hasil keputusan bedah siasat akstres Bollywood terkenal, Sridevi yang meninggal dunia di sini pada Sabtu lalu dilaporkan akibat lemas dalam tab mandi dan bukannya serangan jantung.
Menurut polis di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sridevi didapati mati lemas dalam tab mandi bilik hotel selepas pengsan tidak sedarkan diri.
"Kematian aktres India Sridevi akibat lemas dalam tab mandi di hotel apartmen selepas beliau tidak sedarkan diri," kata polis Dubai menerusi Twitter memetik keputusan bedah siasat.
Memetik laporan Gulf News, Sridevi berada dalam keadaan mabuk sebelum jatuh ke dalam tab mandian dan lemas.
Gulf News turut memuat naik laporan forensik polis Emeriah Arab Bersatu (UAE) menerusi laman Twitter mereka.
"Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca di sekeliling yang menyebabkan insiden lemas itu.
"Mayat pelakon berkenaan sudahpun dihantar untuk diawet dan akan dihantar ke India pada waktu yang belum ditetapkan lagi," lapor Gulf News.
Terdahulu, laporan awal menyatakan punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu disebabkan serangan jantung.
BACA:Aktres Bollywood, Sridevi Kapoor Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung
Polis kini merujuk kes itu kepada pendakwa raya awam.
Sumber- Gulf News