Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muka Makin Cengkung, Murung Dan Nangis Sorang-Sorang, Baru Umur 20 Tahun Remaja Ini Hidap Kanser Ovari Tahap 3

19 Feb 2018

15 Feb - Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan wanita remaja kurang dan pada 20 tahun.

Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).

Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan.


Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).

Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat serta wanita yang mempunyai kumpulan darah ‘A’ juga dikaitkan dengan kanser ovari.

Seorang remaja berusia awal 20 an telah berkongsi pengalaman beliau menghidap kanser ovari pada tahun 2017 dan sangat kuat melawan penyakitnya itu sehingga kini.

Beliau menulis pengalamannya di akaun Twitter miliknya. Menurut Tira, dia mula perasan perutnya makin mengembung sejak bulan Mei 2017 dan pada mulanya menganggap dirinya semakin gemuk.

Beliau yang ketika itu menuntut di salah sebuah universiti di Sabah berkata, setiap kali selepas makan terutama selepas berbuka puasa, dia amat sukar untuk bernafas.

Jom ikuti ketabahan Tira melawan penyakit kanser ovari sehingga sekarang. Semoga bermanfaat.















Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "