Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mata Rabun, Kelopak Mata Koyak, Gadis Ini Cerita Pengalaman Bahana Pakai Kanta Lekap Yang Penjagaannya Salah

19 Feb 2018

Contact lens atau kanta lekap dipakai bertujuan untuk membaiki masalah rabun sebagai pengganti cermin mata.  Namun hari ini, ramai diantara anak gadis memakainya semata-mata untuk tampil cantik dengan cara penggunaan yang salah.

Memetik laporan daripada portal Kementerian Kesihatan, setiap syarikat yang mengeluarkan kanta lekap mempunyai mod pemakaian tertentu bagi setiap kanta lekap.  Pemakai seharusnya mematuhi tempoh masa yang disarankan.

Daily wear contact lenses. Jenis ini dipakai pada waktu pagi dan ditanggalkan pada waktu malam. Jenis ini paling banyak di pasaran dan bertahan sehingga satu tahun. Wajib ditanggalkan sebelum tidur walaupun sekejap.

Extended wear soft contact lens diperbuat daripada silikon lembut berkelembapan tinggi. Sifat ini benarkan kanta lekap jenis ini dipakai lebih 14 jam. Kanta ini juga boleh dipakai berterusan beberapa hari. Hanya perlu dibuka sekali dalam satu minggu untuk rehatkan mata.



Contohnya jenis Focus night & day dipakai berterusan selama 6 hari dan dibuka pada hari ketujuh. Cara ini diulang pada hari berikutnya sehingga cukup tempoh sebulan. Selepas sebulan, kanta lekap itu perlu dibuang dan diganti dengan yang baharu.

Penting bagi setiap pemakai untuk mengambil berat terhadap penjagaan dan tempoh masa pemakaian kanta lekap demi memastikan kesihatan kornea terjamin.  Masalah akan terjadi apabila kornea tidak mendapat oksigen yang sepatutnya.

Kornea akan menjadi lemah dan bakteria akan menembusi mata dengan senang.  Daripada itu, mata boleh menjadi buta secara kekal.  Seperti kisah yang dikongsi oleh Nur Maisaraa II melalui akaun Facebook miliknya menceritakan penyesalan penggunaan kanta lekap ini sehingga hampir meragut deria penglihatannya.  Ikuti perkongsian dibawah, semoga dijadikan iktibar kepada sesiapa yang ingin mencuba memakai kanta lekap ini.

TOLONG AMBIK PERHATIAN SEMUAA !!!

Okay sara share satu cerita sangat sangat sedih bagi sara sebab lens mata jadi rabun sebelah tak nampak jarak jauh dan dekat jadi kabur gituu. Allahu nasib takbutaa (mohon dijauhkan!)



Sesiapa pakai lens mohon jaga elok2 sebelum menyesal dikemudian hari. Sara tkjamin lens mahal elok dan lens yang murah tkelok sebab semua atas penjagaan kita masing2.
Sebelum ni sara pakai Alhamdulilah xpernah jadi macam ni mungkin dugaan Allah bagi dekat sara ni teramat besar sebab mata ni la pentingkan.

Mula2 pedihh tu memang pedih teramat dah rasa macam nak buta dah mata ni yela dengan tiba2. masa malam tu buang lens rasa okay tkde masalah tiba2 keesokkan hari mata macam berabuk pastu berair dengan sendiri ada sikit rasa gatal2 dan lama kelamaan jadi merah2. Pastu Jumpa doktor sebab xkuat sangat mata ni dengan kerja takboleh buat. Doktor cakaplah sebab lens dia tengok mata sara ade terkoyak sikit kat kelompak mata rasa tu hanya sara dan Allah swt sahaja yang tahu.

Dan Hari ni sara rasa macam lain je sikit sebab mata ni rabun sebelah n sebelah lagi okay (nasib bukan dedua). Okay lepas ni kena pkai spek. Hurmm mata ni paling penting kan. Jaga2 sebelum terkena kat korang. Sara teramat menyesal Allahu! Terima kasih yang sudi baca dari atas sampai bawah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "