Seiring dengan musim cuti sekolah, musim orang kahwin pun bermula. Undangan berderet-deret sehingga tak tahu nak pergi yang mana satu. Masa inilah sanak-saudara berkumpul untuk meraikan raja sehari bersama-sama.
Ada yang mengadakan majlisnya di dewan atau hotel dan ada juga yang masih dengan tradisi mengadakan kenduri kahwin di rumah. Katanya lebih seronok ramai-ramai gotong-royong dan juga dapat jimatkan kos sewa tempat. Namun, jika dirumah keadaannya sangat terbuka. Orang disini-sana sehinggakan tak kenal siapa mereka yang berada didalam rumah kita.
Secara tidak sedar, sebenarnya konsep rumah terbuka ini telah memberi peluang kepada si tangan panjang. Ini adalah kerana, rumah menempatkan segala barangan termasuk barangan berharga. Dalam erti kata lain, rumah sebagai lokasi kenduri sebenarnya lebih berisiko daripada dewan.
Justeru, perkongsian Ommar Abd Aziz yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan tetamu tidak diundang atau pencuri ketika majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga dirumah mereka sedikit sebanyak menguatkan lagi kebenaran dimana majlis yang berlangsung dirumah sebenarnya seperti mengumpan pencuri-pencuri ini untuk menjalan operasi.
Ikuti cerita penuh beliau dibawah agar dijadikan peringatan dan iktibar buat semua yang bakal melangsungkan majlis dirumah. Pastikan barangan berharga dilindungi daripada sesiapa saja tak kira jurusolek, jurugambar, atau tetamu kerana jika kita leka sikit, itulah peluang bagi mereka menjalankan tugasnya.
"Makcik Telekung" di majlis perkahwinan (kotak merah)
kisahnya hati saya tergerak melihat seorang makcik ini, dia membawa payung merah (payung diy inverted). ketika itu dia berjalan bersahaja. selepas itu dia masuk ke dalam rumah.
Di dalam rumah hanya ada ibu saudara di ruang tamu dan isteri bersama anak anak di bilik. saya terus mengekori makcik yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.
Dia bertanya makcik saudara di mana bilik solat, sambil berkata nak ambil beg telekung. selepas itu dia terus ke bilik tetamu. saya terus berjalan ke bilik saya dan membiarkan pintu terbuka. tiba tiba makcik tersebut menjengah ke dalam bilik saya sambil berkata "mana beg telekung, bukan sini"
Delepas itu dia terus ke ruang tamu. saya mengekori ke ruang tamu. dia terus berbual dengan ibu saudara. selepas itu adik no3 saya masuk dan makcik tersebut berbual dengan adik no3 saya.
Saya menganggap makcik tersebut adalah saudara dekat. saya terus duduk di ruang tamu. tidak lama kemudian, adik no3 saya keluar rumah, ibu saudara saya pergi ke tandas. makcik tersebut bangun dan terus menuju ke bilik orang tua saya dan saya terdengar dia cuba membuka pintu tapi terhalang kerana dikunci

Makcik tersebut asyik berbisik sendirian "mana beg telekung ni". kemudia dia kembali ke ruang tamu. saya hanya memerhatikan ibarat tunggul kayu kerana perbuatan saya ini tak diendahkan makcik tersebut. selepas itu dia pergi ke arah bilik kakak saya dan cuba membuka pintu namun gagal kerana dikunci.
Tiba tiba adik no3 saya masuk ke ruang tamu dan makcik tersebut bertanya di mana bilik pengantin, adik saya menunjukkan bilik tersebut dan terus keluar rumah. makcik tersebut terus masuk ke dalam bilik pengantin
Saya terus memanggil adik saya dan minta dia pergi masuk ke bilik pengantin untuk memeriksa. adik saya terlihat makcik tersebut membuka almari, sambil menyebut "mana beg telekung ni". setelah ditegur, makcik tersebut segera beredar keluar dari rumah
Kami terus memeriksa jika ada barang yang hilang. alhamdulillah semua selamat. ibu saudara saya memberitahu saya makcik tersebut adalah dari rombongan pengantin lelaki. makcik tersebut asal selayang
Adik saya pula memberitahu saya bahawa makcik tersebut menanyakan mengapa dia tidak pernah nampak adik saya ketika majlis tunang (memang betul adik saya tidak hadir) - yang ni agak menyakinkan adik saya
Pihak pengantin lelaki juga mengesahkan makcik tersebut bukan dari kalangan mereka.
Kesimpulannya, makcik tersebut didapati menceroboh masuk rumah dan cuba membuka semua pintu bilik. nasihat saya sila kunci semua pintu bilik dan pastikan sekurang kurangnya ada seorang tunggu di dalam rumah.
Laporan polis telah dibuat. jika anda ada maklumat lain berkenaan sipolan. sila pm saya.
Kes lain (2014)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=765901513448492&set=a.365135776858403.78301.100000859528058&type=3
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
Kecewa dengan agen game online yang lain?
BalasPadamDaftar disini saja Upd4te Bett1ng