Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Eh, Haritu Banyak Lagi Duit, Mana Pergi Gaji Aku Banyak-Banyak", Ini 10 Sebab Pentingnya Untuk Ada Rekod Duit Keluar Masuk Setiap Bulan

21 Feb 2018

Mencatat perbelanjaan harian seperti duit masuk dan keluar adalah salah satu kaedah yang sebenarnya bertujuan untuk muhasabah diri agar lebih berhati-hati dalam berbelanja.  Contohnya, jika hari ini kita membeli-belah, pada malamnya pula kita cuba untuk membuat rumusan segala pengeluaran duit yang telah berlaku dan berazam untuk mengawal sikap berbelanja dan secara tidak langsung proses ini dapat memperbaiki keinginan membeli.

Namun ramai yang masih gagal dalam mengawal pengurusan wang seharian kerana jika ianya tidak dididik sejak awal, agak sukar untuk memulakan satu tabiat yang baru.  Sering kali persoalan ini bermain di kepala, "Eh, hari tu duit macam banyak lagi, mana pergi gaji aku banyak-banyak?"
Tapi malang, kesedaran ini datang hanya setakat itu sahaja tanpa ada tindakan selanjutnya dan akhirnya merungut kepada diri sendiri kerana tidak dapat membezakan antara kehendak dan keperluan.



Punca utama persoalan itu timbul adalah kerana tiada rekod bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan.  Jika kita dapat merekod setiap perbelanjaan, anda pasti tahu dimana aliran wang yang keluar daripada pendapatan.  Seperti perkongsian daripada Hafiz Hazmi ini, beliau berkongsi beberapa sebab mengapa ada diantara kita yang masih melengah-lengahkan inisiatif merekod perbelanjaan sedangkan tiada sebarang keburukan pun jika kita melakukannya.

Ikuti perkongsiannya dibawah semoga memberi kesedaran kepada kita untuk lebih meneliti pengaliran duit yang keluar dan masuk setiap bulan.  Tidak ada ruginya, malah mendatangkan keuntungan kepada kita agar lebih berwaspada dalam berbelanja dan sentiasa sedar diri.

KENAPA PENTING REKOD PERBELANJAAN?

Rekod ni masa awal-awal makan gaji, memang akan nampak macam skema apatah lagi digelar "berkira".

Tapi kalau tak dipupuk dari awal, boleh jadi komitmen "tak terkira". Tak percaya kan? Memang kealpaan pada kepentingan merekod ni, boleh bawa BARAH

10 SEBAB KENAPA KENE BUAT

1. Untuk kau sedar, berapa yang dah dibelanjakan setiap hari, setiap minggu & setiap bulan

2. Untuk kau tahu, kemana "hilangnya" duit dalam poket tadi. Takdalah kau tuduh bini rembat nanti

3. Tahu cashflow, tujuan untuk merancang pembahagian duit mana simpan, belanja, dan labur

4. Untuk juga kau tahu, tahap kesihatan duit korang. Ada orang yang tak sedar dia dah hidup -ve setahun



5. Takdelah asik advance gaji, salahkan kos sara hidup, salahkan parti pemerintah, parti pembangkang

6. Untuk tahu DSR kalau merancang untuk memiliki hartanah, pelaburan ASB dan sebagainya

7. Imbangkan perbelanjaan. Jadi setiap kali nk buat keputusan, ada asas. Takdela main submit je loan kereta

8. Kalau betul tak gaji tak cukup, tahu berapa pendapatan ekstra perlu dibuat, jadi tau $$ perlu digenerate

9. Untuk tahu paras kehidupan diri sendiri. Takdela poyo asik nak upgrade gadget dan starbuck selalu

10. Berfungsi sebagai pengawal nafsu serakah. Nak shopping bukak dulu excel perbelanjaan, kalau nak makan meggi, teruskanlah

Harap korang belajar sesuatu.
Excel boleh download link
  Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "