Namun letusan gunung berapi ini mencetus fenomena lain apabila satu gambar luar biasa terhasil dan mencuri perhatian netizen seluruh dunia dengan pembentukan dua orang manusia berpelukan persis seperti dongeng rakyat tempatan.
Foto menakjubkan itu berjaya diambil oleh salah seorang wartawan bernama Ciriaco Santiago III. Orang ramai mula mengaitkan gambar tersebut dengan mitos terkenal antara pasangan kekasih Panganoron dan Magayon. Magayon yang bermaksud cantik dalam bahasa Filipina telah melarikan diri bersama kekasihnya, panglima Panganoron kerana dikatakan Magayon tidak mahu dijodohkan dengan lelaki lain bernama Pagtuga.
Asyik kedua pasangan ini melarikan diri, tiba-tiba panahan beracun telah menusuk Magayon dan ketika Panganoron melutut meratapi kesedihan kehilangan kekasihnya, dia ditikam daripada belakang dan kedua-dua mereka mati ditempat kejadian.
Menurut mitos itu juga, beberapa tahun selepas kematian pasangan lagenda itu, bapa Magayon memutuskan untuk menanam mayat mereka berdua bersama-sama. Tahun berganti tahun, tanah yang menjadi tempat perkuburan pasangan ini mula meninggi dan membentuk sebuah gunung berapi.
Gambar ini menjadi lebih sensasi apabila ianya dibandingkan bersebelahan lukisan yang dilukis oleh Kerby Rosanes. Walaupun begitu, lukisan ini telah digubah daripada gambar original bagi membentuk elemen Gunung Berapi Mayon yang meletus baru-baru ini.
Selain daripada itu, netizen juga mendakwa kewujudan bayangan kekasih ini juga boleh dilihat daripada pengaliran lava gunung berapi yang mengalir seperti video dibawah.
Siakapkeli.my
Sumber: Nextshark