Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Konsep 'Back To Nature' Kembali Lagi - 10 Tanaman Luar Ini Sesuai Sebagai Penyeri Interior Kediaman Anda

20 Feb 2018

Hari ini bagaikan satu trend baru apabila teknik mencantikkan hiasan dalaman rumah adalah dengan memasukkan elemen tanaman hidup kedalam ruangan dekorasi.  Kaedah ini sebagai penyeri suasana kepada ruangan yang dipilih.

Gaya back to nature ini membuat suasana rumah menjadi sejuk dan segar.  Tidak hanya daripada segi visual, hadirnya tanaman hidup didalam rumah juga memperbaiki kitaran udara yang baik.  Bukan hanya mengikut trend, malah dekorasi ini memenuhi gaya hidup sihat kan?

Namun, tidak semua tanaman hidup sesuai dijadikan sebagai dekorasi tambahan dalam rumah.  Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil seperti struktur batang yang cukup keras, jumlah daun yang banyak berbanding bunga dan ukurannya yang tidak terlalu tinggi.

Beberapa jenis tanaman dibawah ini bukan saja sesuai dijadikan penambah seri ruangan anda tapi menyimpan manfaat disebalik pesonanya.

1. Spider Plant
Nama saintifiknya adalah Chlorophytum Comosum, ia sangat mudah dijaga kerana tidak memerlukan cahaya matahari dan juga dikatakan mampu menyerap racun dan membersihkan udara disekelilingnya.



2. Sansevieria
Daun keras ini adalah salah satu tanaman yang terkenal sejak zaman nenek kita dahulu kerana fizikalnya yang mudah dijaga.  Hanya dengan 2 kali siraman dalam masa seminggu, 25-30ml air setiap kali siram sudah cukup mengekalkan kesegarannya.



3. Sireh Gading
Daunnya yang melingkar cantik, dikenali sebagai Devil's Ivy merupakan tanaman yang boleh hidup ditanah atau pun didalam air.  Cukup mudah untuk menanamnya, hanya dengan petik batang dan tancapkan didalam balang air untuk ia berkembang hijau.  Bagi mengekalkan kesuburannya, ganti air dua atau tiga hari sekali.



4. Aglaonema
Tumbuhan yang dipanggil Chinese Evergreen ini cukup sesuai ditempatkan dikawasan yang tiada pengaliran udara.  Ini kerana dikatakan musuh utama tumbuhan ini adalah udara yang sejuk.  Kombinasi dua hingga tiga warna pada setiap jambakan membuatkannya sangat mempersona.  Tanah yang selalu lembap adalah kunci kesegaran tumbuhan ini.



5. Monstera
Daya tarikan utama tumbuhan ini terletak pada lubang dan carikan pada daunnya.  Bentuk daunnya yang unik menghasilkan pengaliran udara yang bagus pada malam hari.  Namun, sebaiknya tumbuhan ini diletakkan jauh daripada haiwan peliharaan atau kanak-kanak kerna daunnya beracun jika dimakan secara tidak sengaja.



6. Philodendron
Dalam bahasa Yunani, Philodendron berasal daripada perkataan Philo yang bermaksud cinta, Dendron pula bererti pohon jadi bila digabungkan, ia adalah pohon cinta.  Struktur daun yang besar merupakan daya kecantikan tanaman ini.  Pohon cinta ini mampu bertahan dua hingga tiga minggu tanpa cahaya matahari.  Namun dikatakan adalah lebih baik jika ia mendapat sinaran matahari lebih kurang dua hingga tiga hari.



7. Dracaena
Ribbon Plant atau Daun Rezeki ini masih memerlukan cahaya matahari untuk kelangsungan pertumbuhan terbaik.  Ruangan sisi tingkap atau disisi bukaan cahaya matahari yang luas adalah tempat terbaik bagi Dracaena.



8. Peace Lily
Peace Lily adalah idola segala tumbuhan kerana memiliki ketahanan paling tinggi walaupun memiliki bunga disamping jambakan daunnya.  Si cantik ini yakni mampu bertahan sehingga 2 minggu jika dikeluarkan menghadap matahari dan udara dua hingga tiga hari sekali selama beberapa jam.


9. Rubber Plant
Tumbuhan ini boleh mencapai tahap ketinggian hingga puluhan meter.  Pesona daunnya yang mengilat, lembut dan tidak disukai ulat sangat sesuai dijadikan salah satu tanaman dalam rumah.  Tumbuhan ini lebih suka tempat yang tidak terlalu terang dan jauh daripada sinar matahari adalah kunci pemeliharaannya.



10. Lidah Buaya
Lidah Buaya atau Aloevera ini sangat terkenal kerana bukan sahaja berfungi sebagai penyeri ruangan namun, mempunyai manfaat lain kepada kulit, rambut dan muka.  Kulit aloevera ini mampu membersihkan udara daripada bahan benzene yang banyak dihasilkan daripada produk-produk permbersih dan cat.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "