Gambar Hiasan |
Menjadi satu kemestian apabila selesai akad nikah, pengantin diberikan ruang untuk melaksanakan solat sunat sebagai salah satu cara memanjatkan rasa syukur dan memohon perlindungan kepada Allah swt untuk sebuah bahtera dan perjalanan yang baru sebagai suami dan isteri yang sah.
Solat sunat ini boleh dilakukan secara berjemaah dengan isterinya yang baru dinikahi, namun harus dipastikan wudhunya masih tidak terbatal.
Dibawah kami kongsikan 4 perkara sunat selepas akad nikah untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan pernikahan tidak lama lagi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
2. Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
4. Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Siakapkeli.my
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.