26 Feb - Seorang mualaf yang dikatakan memeluk Islam bersama seluruh keluarganya beberapa tahun lalu telah mengimbau kembali detik-detik indah apabila dia seakan-akan menerima sesuatu pesanan dari kejadian ribut yang berlaku ketika beliau sedang berada di tengah laut, lapor Sinar Harian
Beng Seng, atau nama muslimnya Muhammad Firdaus Goh, 51, yang bekerja sebagai nelayan sejak kecil lagi berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama lapan orang nelayan sedang dalam perjalanan ke Pulau Ketam, Selangor untuk membaiki bot pukat tunda.
Ketika dalam perjalanan tersebut, kesemua rakan-rakan nelayannya beragam Islam dan cuma beliau sahaja yang bukan Islam di dalam bot itu.
“Cuaca secara tiba-tiba berubah, awan bertukar hitam disertai guruh dan kilat mengejutkan kami yang ketika itu sedang berada di tengah laut.
“Saya tengok keadaan laut memang berbeza, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Senang cerita, saya tidak pernah alami keadaan sebegitu walaupun sudah menjadi nelayan sejak dari kecil lagi,” katanya.
Tambah Firdaus lagi, ribut itu secara tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan
Ketika ribut itu sedang mengganans, ada nelayan ketika itu melaungkan azan dan mereka sangat bersungguh-sungguh melaungkannya.
“Tidak lama selepas azan dilaungkan, ribut reda. Saya cukup terkejut melihat keadaan laut kembali tenang,” katanya.

Setibanya di rumah di Kampung Pontian Besar, Firdaus menceritakan kejadian yang berlaku ketika itu kepada isterinya dan mengatakan mungkin itu satu petanda dari Allah untuk Firdaus sekeluarga memeluk Islam.
“Tragedi ribut luar biasa itu, bukan menakutkan, tetapi bagi saya itu ada hidayah.
“Syukur isteri menyokong tindakan saya dan dia juga bersetuju untuk memeluk agama Islam bersama empat orang anak kami,”katanya.
Firdaus mengatakan selepas beliau sekeluarga memeluk agama Islam, jiwanya cukup tenang malah dia lebih gembira menjalani kehidupan seharian bersama isterinya, Nur Aisyah Yasmin Quek, 44 dan empat anaknya Mohd Hamzie Goh, 23, Umairah Goh, 23, Maisarah Goh, 18, dan Nur Puteri Fateha Goh, 12.
“Ahli keluarga dan saudara mara menerima kami dengan baik selepas memeluk agama Islam. Malah hubungan kami bersama keluarga bukan Islam, lebih erat," katanya.
Walaupun sudah beberapa tahun memeluk agama Islam, namun mereka sekeluarga tidak lupa untuk menganjurkan rumah terbuka ketika perayaan Tahun Baru Cina.
Tradisi rumah terbuka ini menjadi keunikan buat keluarga Firdaus Goh apabila tetamu yang hadir dari kalangan saudara-mara, jiran dan rakan-rakan terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina dan Melayu.
"Selain menjamu makanan dan buah mandarin, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa. Ada juga kumpulan buskers yang menyanyikan lagu nasyid.
"Walaupun sudah seminggu, Tahun Baharu Cina, rumah terbuka yang diadakan di rumah kami tetap meriah. Ramai saudara mara, jiran dan rakan- rakan datang.
"Macam- macam kami bualkan, tiada masalah komunikasi, sebab saya, isteri dan anak- anak boleh berkomunikasi bahasa Cina dan Melayu," katanya.
Firdaus yang juga disapa Siong dalam kalangan rakan- rakan berbangsa Cina kelihatan begitu mesra melayan setiap tetamu yang putus- putus datang.
Bagi rakan baiknya, Luah Eak Ping, 54 sikap Siong cukup disenangi rakan- rakan yang kebanyakkannya terdiri daripada nelayan.
"Seronok dapat datang rumah terbuka Siong, dia melayan kami seperti keluarganya sendiri," katanya
"Seronok dapat datang rumah terbuka Siong, dia melayan kami seperti keluarganya sendiri," katanya
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
BalasPadamAyo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe