Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Wahai Anak Muda, Apa Lagi Alasan Kamu," Kisah Nenek Umur 82 Tahun Masih Gigih Cari Kerja Demi Menyara Kehidupan

10 Jan 2018

10 Jan - Pada ketika ini, untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari agak sukar. Oleh sebab itu, ramai graduan-graduan yang memegang kelulusan diploma dan ijazah masih menganggur sehingga ke hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2017 sebanyak 3.4 peratus. Lebih kurang 510,800 orang di Malaysia masih lagi tidak mempunyai pekerjaan di Malaysia.


Sesetengah graduan berpendapat, peluang pekerjaan yang kurang di negara ini menyebabkan mereka masih belum ampu untuk mendapatkan pekerjaan.

Di peringkat global pula, pada tahun 2016 Malaysia berada di tangga ke 17 sebagai negara yang memiliki penganggur paling ramai dalam kalangan belia.

Dalam usaha kerajaan mempelbagaikan peluang pekerjaan, Skim Latihan 1 Malaysia (SLIM) antara salah satu usaha untuk graduan kelulusan ijazah untuk mendapatkan kerja menerusi skim latihan yang akan dikelola oleh syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.


Benar, dalam kalangan negara Asean Malaysia adalah yang paling rendah kadar penganggurannya. Tetapi, adakah atas fakta tersebut, para belia masih lagi mahu memeluk tubuh dan rela menjadi penganggur di negara sendiri.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nana Azmi, telah memuat naik sekeping gambar seorang nenek tua berusia 82 tahun yang sedang mencari pekerjaan.

Menurut Nana, nenek tersebut berlegar-legar di kawasan pejabatnya di tengah panas. Apabila ditanya nenek tersebut sedang mencari pekerjaan sebagai tukang sapu di pejabat tersebut.

Nana yang dipercayai seorang pengusaha batik iu juga, telah membawa nenek tersebut untuk ditemu duga. Selesai sahaja urusan temu duga, pihak syarikat bersetuju untuk mengambil nenek tua itu untuk bekerja di pejabat itu.

Bayangkanlah, bagaimana seorang wanita yang sudah berumur 82 tahun, masih lagi berusaha untuk memperbaiki kehidupan hidup ke arah yang lebih baik.


Perkongsian Nana ini mendapat pelbagai reaksi berbeza dari pengikutnya. Ada yang menerimanya sebagai satu perkara yang positif dan aju yang sebaliknya. terpulang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat.

Saya anak muda, saya dan kawan dah cari kerja sana sini orang tak ambil. Sepanjang hari dan setiap hari cari sana sini, kedai minyak pun saya minta. Macam mana dengan itu? Adakah satu keperluan untuk mengkritik sekumpulan orang yang lain.

Saya rasa awak buat perkara yang betul. Terima kasih, nampaknya saya akan menjenguk website awak walalupun saya bukan penggemar batik.

Anak muda sedang sibuk mengeluh

Terima kasih sebab bagi dia kerja, mesti dia seronok dapat kerja. Rezeki Allah SWT itu luas

Moral daripada kisah nenek tua tersebut, jangan sesekali berputus asa untuk memperbaiki ekonomi diri agar anak muda di Malaysia tidak ketinggalan ke belakang kerana dunia tidak akan menunggu anda, tetapi anda lah yang harus bertindak dan bangun dari lena untuk mengejar cita-cita dan mengambil setiap peluang yang ada. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "