Minggu lalu telah berakhirnya Pameran Elektronik Antarabangsa 2018 (CES2018) di Las Vegas yang menyaksikan banyak syarikat-syarikat gergasi elektronik dunia memperkenalkan inovasi teknologi canggih terbaru mereka masing-masing.
Dalam pelbagai teknologi baru itu, syarikat gergasi telefon pintar, Vivo paling mendapat perhatian selepas mereka memperkenalkan satu inovasi teknologi canggih iaitu pengimbas cap jari ultrasonic pertama di dunia di atas paparan skrin telefon sekali gus mendahului pesaing-pesaingnya yang lain.
Teknologi pengimbas cap jari di atas paparan skin ini dilihat dapat menyelesaikan masalah sistem keselamatan kepada sistem keselamatan yang lebih selamat berbanding pengimbas cap jari sebelum ini dimana ianya akan diadaptasi dalam telefon pintar masa depan.
Walaupun dilihat sudah banyak ciri-ciri keselamatan yang ada, ternyata kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan pengimbas cap jari berasaskan biometrik yang lebih selamat seiring dengan industri yang bergerak ke era paparan skrin penuh tanpa butang.
Walaupun sudah banyak ciri-ciri keselamatan yang ada, dilihat kebanyakkan pengguna lebih suka menggunakan pengimbas cap jari kerana berasaskan biometrik yang lebih selamat seiring dengan industri yang bergerak ke era paparan penuh skrin tanpa butang.
Cap jari biometrik bawah skrin ini dilihat lebih futuristik dengan menawarkan pengguna pengalaman mudah alih yang belum pernah dirasai sebelumnya dan pasti ditunggu-tunggu, menentukan era interaksi mudah alih baru.
Inovasi ini jelas menunjukkan Vivo mendahului syarikat pengeluar telefon pintar yang lain membuktikan betapa seriusnya Vivo dalam pembagunan kualiti dan R & D untuk jangka masa panjang dalam bidang telefon pintar dan berada dalam kedudukan yang tepat untuk terus membangunkan teknologi pengimbas cap jari.
Apa yang menarik lagi dengan pengimbas cap jari bawah paparan skrin yang diperkenalkan oleh Vivo ini, dilihat berfungsi lebih laju dan pantas berbanding dengan pengimbas cap jari yang ada pada telefon pintar lain di luar sana.
Selain itu, Vivo kini baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo V7 dan Vivo V7+ yang mendapat sambutan hangat kerana ciri-ciri hebat yang ditawarkan berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia yang mementingkan kualiti dan paparan gambar yang terbaik.
Klik gambar untuk lebih lanjut |
Harga yang ditawarkan untuk vivo V7+ adalah RM1399 dan V7 hanya RM999, ianya boleh didapati secara atas talian di laman Lazada atau mana-mana ejen yang sah. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.vivo.com/my atau laman Facebook Rasmi Vivo di www.facebook.com/vivoMalaysia/
F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
BalasPadamminimal dp/wd 50rb
Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadam