Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Tular, KPDNKK Lakukan Serbuan Kilang Beras Dan Dapati Aduan Tidak Benar

5 Jan 2018
Telah 'viral' di media sosial tempatan apabila beras jenama Jasmine Super Special Tempatan 10kg dikatakan mempamerkan berat tidak seperti yang tertera dibungkusan.

Daripada pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Shah Alam, didapati aduan tersebut tidak benar.  Berdasarkan kenyataan pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras itu daripada pengedar yang tidak sah.  Mereka juga mendapati bahagian 'seal' bungkusan kampit beras tersebut agak berbeza daripada beras yang di proses pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd.



Melalui penyiasatan lanjut, pihak Jasmine Food Corporation telah membuat laporan polis daripada pemeriksaan yang dilakukan bersama pihak KPDNKK.

SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE


3.1.2018(Rabu) - KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan.

Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd juga mendapati pembungkusan pada beras yang dibeli daripada Fat Kee ada sedikit perbezaan pada seal kampit beras 10kg dan Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd telah membuat laporan polis.



Pemeriksaan mendapati premis adalah tempat penyimpanan bekalan beras yang dibungkus dengan kuantiti 1kg, 2kg ,5kg 10kg & 50kg. Premis menggunakan 2 alat timbang berkapasiti 60kg yang masih dalam tempoh tentusahan. Pembungkusan beras dibuat di kilang Kedah dan gudang di Shah Alam hanya tempat penyimpanan beras. Pemeriksaan yang dilakukan mendapati alat timbang digunakan hanya untuk menimbang beras yang rosak atau dipulangkan. Alat timbang telah diperiksa dan masih dalam tempoh yang disahkan serta dalam had selisih yang dibenarkan. Pemeriksaan beras juga dipremis adalah sama pada kuantiti yang dipamerkan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mari gabung bersama agen terpercaya di Indonesia (Upd4te Bett1ng)

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "