Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Penjaga Gawang Dari Sepanyol Ini Jaringkan Gol Menakjubkan Dari Jarak 70 meter

25 Jan 2018

25 Jan - Sudah menjadi kebiasaan jika anda mendengar nama-nama seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Sergio Aguero menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing.

Baru-baru ini, seorang penjaga gol pasukan dari Segunda Division (Liga Divisyen 2 Sepanyol), CD Lugo iaitu Juan Carlos Martin Corral telah membuat penonton yang menyaksikan perlawanan itu tergamam apabila beliau menyumbat gol untuk pasukannya dari jarah yang agak jauh.


Penjaga gol berusia 30 tahun itu mungkin hanya ingin mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, namun tidak menyangka sepakannya itu terus menerjah ke gawang gol Sporting Gijon.

Kedudukan penjaga gol Sporting Gijon yang tidak bersedia itu juga telah memberi kelebihan buat Juan Carlos untuk mengambil kesempatan tersebut.


Juan Carlos sebelum ini pernah mewakili pasukan Rayo Vallecano dan Elche sebelum berhijrah ke CD Lugo pada tahun 2017 dan telah membuat 23 penampilan untuk skuad 'Luguino' atau 'Little Lugo' itu.

Dalam perlawanan itu, pasukan CD Lugo berjaya menewaskan Sporting Gijon dengan jaringan 3 gol berbalas 1. CD Lugo berada di kedudukan ke 4 liga, 7 mata dibelakang pendahulu, Huesca.

Video ini telah dimuat naik oleh sebuah saluran Youtube, Brazukas_yt.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "