Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Magis, Gerakan Dan Gol Firmino Awal Pagi Tadi Bagaikan Ulang Tayang Jaringan Fowler 23 Tahun Lalu

15 Jan 2018

15 Jan - Awal pagi semalam telah berlangsung satu perlawanan sengit antara Livepool FC menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Liverpool dengan jaringan 4 gol berbalas 3.


Apa yang menariknya di dalam perlawanan ini, sebuah laman Facebook yang bernama Devil Magazine telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan gol Roberto Firmino ketika perlawanan tersebut saling tak tumpah seperti gol yang dijaringkan oleh Robbie Fowler ketika menentang Manchester United pada tahun 1995.

Uniknya kedua-dua gol tersebut dijaringkan ketika Liverpool menentang pasukan dari Manchester dan gerakkan gol Firmino bagaikan ulang tayang kepada gol Fowler ketika itu.


Perlawanan awal pagi tadi juga telah menamatkan rekod tanpa kalah 20 perlawanan Manchester City dalam saingan EPL. Namun, kekalahan tersebut tidak langsung menggugat kedudukan mereka sebagai pendahulu liga yang berkelebihan 15 mata berbanding Manchester United di tempat kedua.

Liverpool pula melonjak ke tangga ketiga liga selepas berkongsi mata bersama Chelsea dan Manchester United hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "