Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Leka Dengan Telefon Bimbit, Perempuan Ini Hilang Kaki Kanan Tersepit Pintu Lif Yang Rosak

3 Jan 2018

3 Jan - Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.

Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak perasan lif tersebut sudah bergerak dengan pintunya terbuka.

Perempuan tersebut terjatuh dan kakinya dikepit oleh pintu lif yang sedang bergerak itu. Kakinya terputus apabila lif itu mula bergerak ke tiga tingkat ke atas.


Lif itu kemudiannya berhenti selepas 30 saat, dan perempuan tersebut cuba untuk mengeluarkan kaki kanannya namun, kakinya sudah putus sepenuhnya dari paras lutut ke bawah.

Video itu juga menunjukkan seorang lagi wanita yang berada di belakang mangsa sebelum mangsa terjatuh, terselamat apabila dia tidak sempat untuk masuk ke dalam lif tersebut.

Kejadian ini dikatakan terjadi pada 21 Jun 2017, tetapi rakaman CCTV ini baru sahaja tersebar di portal media China iaitu, Iqiyi.

Tiada maklumat lanjut tentang keadaan mangsa sehingga ke hari ini dan kejadian juga dipercayai berlaku di sebuah bangunan di Zhongshan, sebuah daerah di barat Shanghai, China.







Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "