Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Buat 3 Panduan Ni Sebelum Berhenti Kerja, Pakar Hartanah Kongsi Pengalaman Dan Panduan Menjadi Usahawan Berjaya

17 Jan 2018

Tanpa disangkal, ramai dalam kalangan kita yang tidak sabar untuk berhenti kerja dan meneruskan impian untuk menjalankan perniagaan sendiri.  Bekerja sendiri memang dapat memberi kepuasan daripada segi keuntungan, masa dan jaringan sosial yang luas.

Namun, ada juga yang berhenti kerja dan berniaga tetapi gagal.  Antara faktor utama kegagalan itu adalah faktor pengurusan kewangan dan ilmu didada yang masih belum matang untuk menjadi usahawan berjaya.



Dalam menguruskan perniagaan sendiri, banyak naik turun yang perlu dihadapi dan jangan pernah berhenti menuntut ilmu pengurusan daripada pakar-pakar perniagaan.  Kami kongsi panduan berhenti kerja dengan ilmu dan persediaan yang betul daripada Faizul Ridzuan yang memiliki 23 buah hartanah ketika berumur 30 tahun.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS CONFIRM KAYA KALAU BERHENTI KERJA!

Kalau kita frust dengan boss, rakan sekerja, customer atau kerjaya, jangan berhenti kerja begitu saja. Kalau kita dah tekad nak ceburi dunia perniagaan, saya sarankan anda buat 3 benda ni sebelum berhenti.

Nak jual bebola sotong/pisang cheese mungkin masuk akal bila tgk populasi Malaysia 30 juta. Dapat 1% pun jadi lah kan? Tapi bisness mana hari ini yang ada 1% market share dan bukan public listed? So jangan kena tipu dgn “kalkulator aladin” ni dan terus semangat nak berhenti kerja.



1. Test idea anda dulu - Jangan sesekali berhenti kerja selagi anda belum test idea anda minima setahun. Satu, anda nak pastikan business baru anda masuk akal kalau sales boleh tahan walaupun buat part time je, then boleh la decide lepas setahun nak berhenti full time sebab kita dah validate idea tu. Lagi satu, kadang kadang kita tak tahu if bisnes tu benda yang kita nak buat for the next 20 years. Contoh, saya suka coffee dan mungkin one day saya nak buka satu caffe suka suka. Tapi kalau suruh saya bangun 4am tiap tiap hari supaya boleh bersedia untuk buka cafe jam 8am, saya tak sanggup. Ramai yang buka bisnes tanpa faham komitemen yang diperlukan, lepas tu menyesal.

Untuk saya sendiri, saya buat part time 18 bulan sebelum berhenti kerja dan buka bisnes full time. Waktu tu mmg rasa penat setengah mati sebab ada full time 9-5 lepas tu kena sambung fokus kat p/time business. Bukan senang nak senang geng!



2. Bina savings mencukupi - Jangan berhenti kerja kalau saving tak boleh cover perbelanjaan 12 bulan. Sebab bisnes biasanya takkan mencanak power sekelip mata. Semua benda perlukan masa, terutamanya bisnes. Benda paling teruk orang biasa buat, adalah saving tak cukup sehingga duit perbelanjaan keluarga, pampers dan susu anak pun tak cukup. Boleh je nak kejar impian kita, tapi jangan lupa kita juga ada tanggung-jawab. Buka bisness adalah benda paling susah saya pernah buat, so you cant be distracted. Stres giler weh kalau duit tak cukup, bisnes teruk, dan keperluan anak bini tak lengkap. Boleh kena depression bila semua ni menimpa kita. So pastikan savings cukup.

Untuk kes saya, saya tak cukup saving waktu berhenti kerja. Tapi sebab dah beli lebih dari 20 hartanah, saya jual 3 hartanah untuk dapatkan RM500,000 untung. Itulah jadi savings dan modal perniagaan. Lepas 2 tahun buat bisnes baru boleh buat untung dan mula ambil gaji. Kalau bukan sebab saya ada savings mencukupi, rasanya saya dah masuk kerja balik dah kot. So savings ni sangat sangat penting. Kalau rasa tak boleh menyimpan, anda boleh melabur macam saya untuk bina modal.



3. Rancang loan anda elok-elok : Tahukah anda sebagai peniaga baru, biasanya untuk the next 2-3 tahun anda sangat susah untuk dapat apa apa loan? Tak kisah la kredit kad ke, personal loan ke, loan kereta ke, loan hartanah ke, asalkan anda minta loan dari bank memang 99% akan gagal. Sebab bank tak suka beri pinjaman kepada pemilik bisnes yang tak cukup 2-3 tahun.

Macam kes saya, saya beli 7 hartanah dan tukar kereta sebelum saya berhenti kerja tahun 2013. Sebab saya kalau dah berhenti, susah nak dapat loan. So saya gasak kaw kaw sementara payslip lama masih laku dan boleh dipakai.



Benda ramai orang tak tahu benda benda ni sebab ilmu tak ada. So nak buat apa apa pun, berniaga atau melabur kena ada persediaan ilmu yang cukup, kalau tak sekejap je duit tu akan lesap. Saya rugi masa setahun dan hampir RM200k sebab berniaga tanpa ilmu. Ye la ingat bila dah terer melabur, berniaga ni macam kacang putih je. Rupanya pelaburan dan perniagaan adalah dunia yg sgt sgt berbeza. So harga kebodohan saya, cuma rugi RM200k dan buang masa setahun.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "