Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Terdetik Dalam Hati Pun Boleh Makbul" Dahsyatnya Kuasa Disebalik Doa

11 Jan 2018
4 ulasan

Tak kira lisan atau secara rohaniah, Allah swt pasti mendengar doa-doa kita.  Sungguh besar kuasanya, SubhanaAllah.  Namun sebagai umatnya kita harus yakin, yakin dengan kebesaran-Nya, nikmat yang dilimpahkan serta harus sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ibadah kepada-Nya.

Setiap manusia pasti menginginkan sesuatu dalam hidupnya atau di dalam kehidupan seharian namun atas beberapa dugaan mungkin daripada segi kekangan duit atau ketidakupayaan diri menghalang kita untuk mendapatkan apa yang diimpikan.  Walaupun begitu, jangan putus berdoa kerana Allah masih mendengar setiap baris kata yang kita minta dan dengan izin-Nya, InshaAllah dimakbulkan samada cepat atau lambat.



Kami kongsikan pengalaman seorang penulis daripada ruangan IIUM Confessions, bercerita tentang kisah hidupnya yang sentiasa terdetik didalam hati menginginkan sesuatu dan dengan kuasa Allah hasratnya dimakbulkan walaupun lambat.

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Terdetik nak confess jugak bila banyak terbaca pasal doa termakbul.

Actually, banyak cara yang boleh buat doa kita Allah makbul. Bukan sesetengah amalan sahaja. Banyak sangat cara. Dan kalian boleh nampak di ruang2 comment. Betul kan?

Aku bukan jenis yang suka request macam-macam. Tak sempat pun nak buat list ke apa. Tapi, aku cuma terdetik dalam hati saja. Apa yang aku dapat semuanya sebab pernah terdetik dalam hati aku nak benda tu.



Dan Allah tak bagi on the spot semua benda dalam satu masa. Dia bagi perlahan-lahan satu per satu. Benda ni dah lama aku perasan cuma aku biar je.

Sebelum ni aku pernah kerja part time sementara tunggu konvo. So, aku kerja dekat dengan universiti aku. Dan jauh dari rumah. Jadi, aku duduk rumah sewa lah. Gaji kerja aku tak banyak. Cukup-cukup makan je. Well, nama pun part time. Dan setakat nak isi masa lapang je.

Sepanjang aku kerja, aku teringin nak makan sedap-sedap. Ye lah sebab gaji pun sikit, asyik kena ikat perut. Makan maggi, roti, nasi putih lauk telur je. Tiap kali balik kerja akan lalu dekat kedai2 makan. Pastu lalu dekat stall burger. Tiap-tiap hari meleleh air liur aku teringin nak beli burger. Tapi tak cukup duit.



Lepas konvo, aku balik duduk kampung. Tau tak makanan yang aku teringin nak makan sepanjang aku duduk rumah sewa tu, aku dapat. Semuaaaa yang pernah terdetik aku teringin dulu, aku dapat. Pastu tiap-tiap hari aku boleh makan burger. Sebab ayah aku ni dia tak makan makanan yg jual sembarangan dekat tepi jalan. So, dia beli bahan-bahan burger. Habis je beli lagi. Sampai aku dah muak dengan burger.

Tu sikit je aku cerita. Banyak lagi yang aku terdetik dalam hati dan aku dapat. Aku tak minta pun ayah aku beli. Aku tak pernah request pun. Tapi, aku dapat apa yang aku nak.

Maknanya? Siapa lagi kan yang boleh dengar isi hati kita.

Aku tak alim. Background aku bukan islamik. Acah-acah islamik tu ya. Solat lima waktu pun struggle lagi nak cukupkan. Subuh lah yang paling susah aku nak istiqamah. Aku sebenarnya menidakkan semua benda yang aku nak ni aku dapat. Sebab ni lah. Aku selalu ingkar perintah Tuhan.

Tapi dulu, aku selalu solat dhuha. Aku tahu aku selalu subuh gajah. Jadi, aku nak tebus kesalahan aku, aku istiqamah dhuha. Solat dhuha tu dah macam solat wajib aku.



Aku rasa, Allah masih jaga rezeki aku sebab solat dhuha. Even dulu gaji part time cukup-cukup makan, tapi aku rasa cukup. Setiap kesusahan aku Allah balas dengan sesuatu yang aku tak boleh salahkan Allah.

By the way, amalan ni je yang aku amalkan. Huhu. Teringin jugak nak amalkan bacaan surah. Tapi iman aku ni kalah lagi dengan bisikan-bisikan halus. Lagi suka buat benda duniawi.

Aku bukan nak cerita pasal life aku. Tapi, aku nak tunjuk Allah ni adil. Dia dengar doa semua orang. Tak kisah lah amalan apa pun kita buat, suatu masa dia akan makbulkan juga. Tak kira yang kita minta melalui lisan atau niat. Sedikit kebaikan yang kita lakukan, pasti Allah akan balas juga dengan sesuatu yang besar maknanya pada kita.

Teruskanlah berbuat amal dan kebaikan. Sebab cycle kebaikan ni tak akan pernah berhenti. Ia akan terulang-ulang. Sebab Allah dah janji, kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
– Siput


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "