Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Antara 'Timing Belt' Dan 'Timing Chain', Lelaki Ini Kongsi Kelebihan, Kekurangan Dan Cara Penjagaan Dua Sistem Enjin Ini

9 Jan 2018

8 Jan - Timing belt dan timing chain adalah 2 komponen yang penting untuk sebuah kereta. Kedua-dua komponen ini mempunyai fungsi yang sama iaitu menggerakkan aci sedondol agar enjin hidup dengan lancar.

Kelebihan apabila menggunakan timing belt ialah, meningkatkan kuasa enjin, kesan geseran yang minima dan ia beroperasi lebih senyap berbanding timing chain.

Sementara itu kelebihan timing chain pula, boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang, perlu menukar minyak enjin mengikut jadual sahaja, dan akan menghasilkan bunyi jika sudah tiba masa perlu ditukar.

Seorang pengguna Facebook, Ruzlan Bin Ab Rahman telah berkongsi mengenai fungsi dan kebaikkan dalam menggunakan timing belt dan timing chain.


Menurut beliau, timing chain boleh bertahan sehingga 400,000km atau lebih. Ia juga terletak di dalam bahagian enjin dan terendam sekali bersama minyak enjin.

Berbeza pula jika kereta anda menggunakan timing belt, dimana anda wajib menukarnya pada 90,000km atau 100,000km. Kos untuk menukarnya juga agak mahal berbanding timing chain. Timing belt juga tidak memberi apa-apa tanda untuk rosak.

Berikut adalah perkongsian penuh dari saudara Ruzlan mengenai timing belt dan timing chain. Semoga bermanfaat untuk anda yang sayangkan kereta anda.

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

TIMING CHAIN

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.




TIMING BELT

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.

Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. 


Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.

Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun.




Timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.

BAHANA KARBON DALAM ENJIN

Karbon yang terbentuk dalam enjin kereta sekiranya dibiarkan menebal akan membuatkan ::
1. Penggunaan minyak kereta anda bertambah
2. Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)
3. Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit
4. Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk
5. Enjin terasa berat
6. Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin

Bertindak sekarang.


Sumber: Ruzlan Ab Rhaman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "