Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Pakistan, Trump Ugut Hentikan Bantuan Jutaan Dolar Kepada Palestin Pula

3 Jan 2018

Presiden Amerika Syaraikat (AS) mengugut untuk menghentikan bantuan yang diberikan kepada Palestin, sebulan selepas penguman kontroversinya yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel hingga mendapat kecaman dari seluruh dunia.

''Kami memberi dana ratusan juta dolar setiap tahun kepada Palestin namun mereka tidak menghargai dan menghormati kami. Malah mereka langsung tidak mahu berunding mengenai pelan pedamaian jangka panjang dengan Israel.

''Jika mereka enggan berunding, jadi kenapa kita perlu memberi dana dengan jumlah sebegini besar untuk mereka di masa depan?'' kata Trump melalui akaun Twitternya.

AS ketika ini memberikan bantuan sebanyak $300 juta setiap tahun kepada pihak berkuasa Palestin. Pada masa yang sama, AS juga memberi bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak $3.1 bilion setahun dengan jangkaan berlaku peningkatan kepada $3.8 bilion berdasarkan perjanjian 10 tahun yang dipersetujui oleh pentadbiran Barack Obama sebelum penggal perkhidmatannya tamat.

Awal minggu ini, pihak berkuasa Palestin memanggil semula utusannya ke AS sebagai tindak balas terhadap pengistyharan yang dibuat oleh Trump.

Keputusan tersebut dibuat selepas beberapa pegawai dari pihak berkuasa Palestin berkata bahawa mereka tidak lagi menerima sebarang pelan damai yang diusulkan oleh Washington di masa depan selepas pengumuman sebelah pihak yang dibuat Trump, 6 Disember lalu. Trump juga turut mengumumkan bahawa AS akan memindahkan kedutaan mereka di Isrrael dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Hingga kini, tiada mana-mana negara yang menempatkan kedutaan mereka di bandar tersebut yang menjadi kawasan suci kepada tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi.

Pengumuman Trump sebelum ini mencetuskan bantahan di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan negara Islam dan wilayah terkepung di Palestin. Malah, wakil-wakil di Petubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengadakan persidangan tergempar menentang pengisytiharan tersebut selain menganggap ia sebagai ''terbatal dan tidak sah''.

Trump sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihaknya ingin melancarkan semula perbincangan yang terhenti antara Israel dan Palestin bagi mencari penyelesaian mutlak.

Baitulmaqdis selama ini menjadi isu paling sensitif dalam konflik yang melibatkan kedua-dua pihak Israel dan Palestin.

Israel mendakwa bandar suci tersebut sebagai ibu negaranya selepas berjaya menawan Timur Baitulmaqdis dalam Perang 1967. Manakala Palestin sudah sekian lama melihat bahawa Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara masa depan mereka. Malah, mereka secara keras menentang sebarang campur tangan yang boleh menyebabkan pendudukan Israel di wilayah tersebut dianggap sah.

Sehingga kini, tiada sebarang respon balas yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin berhubung tweet oleh Trump tersebut.


Sumber : Al-Jazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "