Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Santau Merbahaya, Ketahui 'Pendinding' Dari Santau Dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran

13 Jan 2018

Amalan santau ini telah dipraktiskan sejak zaman dulu kala lagi.  Dikatakan amalan ini merupakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asalnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga.  Namun hari ini, fungsinya telah berubah seiring perubahan suasana dan cara pemikiran.  Ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain.

Santau ini berlaku melalui medium dan perantaraan jin atau syaitan yang dipuja untuk melakukannya.  Menurut kajian, santau boleh dihantar melalui cara halus (jin) atau cara kasar (tuannya sendiri meletakkan racun di hadapan mangsa).  Mangsa yang terkena ilmu tersebut akan sukar disembuhkan sama ada melalui perubatan konvensional dan alternatif lain.

Santau terbahagi kepada dua jenis, iaitu santau fizikal dan santau angin.  Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa. Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.

Namun umum mengetahui bahaya santau ini terhadap mangsa yang terkena.  Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.  Pokoknya, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan kuasa Allah swt itu besar.  Perkongsian Norazri mengelak santau daripada ayat suci Al-quran ini mungkin dapat membantu kita daripada terkena sihir melalui kedai makan atau sebarang makanan yang diberi oleh orang.



Nasihat saya, sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah doa ketika makan dan doa ini:



“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”

Baca sekali pun dah ok sebelum makan

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk. Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!

Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "