16 Jan - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi yang didakwa dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai. Pantai Dalam kira-kira jam 8.30 malam tadi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, mangsa S.Sathiwaran pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan sedang berjalan dengan ibunya S.Kasthurivai, 45, untuk naik ke rumahnya di tingkat 16 selepas pergi ke kedai runcit di bawah PPR itu.
Namun, sebelum sempat mereka memasuki bahagian flat yang tertutup, tiba-tiba sebuah kerusi pejabat berwarna biru dipercayai dicampak dari tingkat atas mengenai kepalanya.
"Akibat ditimpa oleh kerusi itu, mangsa parah di kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya bernasib baik kerana tidak terkena kerusi itu" katanya.
Salah seorang penduduk, Halim Mohd Kassim,47,berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat letak kereta blok sama sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.
"Saya fikir perkara biasa sebab memang selalu orang buang-buang barang dari atas. Tapi tak lama lepas tu saya mula dengar bunyi jeritan dan ramai orang mula berlari mencari. Saya lihat mangsa sudah terbaring kaku dengan keadaan kepala sudah pecah,"katanya.
"Saya fikir perkara biasa sebab memang selalu orang buang-buang barang dari atas. Tapi tak lama lepas tu saya mula dengar bunyi jeritan dan ramai orang mula berlari mencari. Saya lihat mangsa sudah terbaring kaku dengan keadaan kepala sudah pecah,"katanya.
Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe