Protokol Keselamatan Memang Ketat, Budak 12 Tahun Itu Tidak Ditinggalkan Berseorang Di KLIA2 - MAHB
KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kanak-kanak 12 tahun tidak ditinggalkan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) seperti yang digembar-gemburkan sebuah artikel berita yang tular di media sosial sebelum ini.
MAHB dalam sebuah kenyataan menjelaskan bahawa kanak-kanak tersebut ditemani oleh dua orang pasangan dewasa.
Menurut pihak berkuasa lapangan terbang tersebut, rakaman kamera pengawasan memaparkan kanak-kanak perempuan itu meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta dengan pasangan berkenaan sekitar pukul 1.48 tengahari.
"Malaysia Airports bersimpati dengan masalah yang dihadapi Wan Fadillah Wan Ahmad dan anaknya pada 31 Disember lepas di KLIA2, bagaimanapun keutamaan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) adalah untuk memastikan protokol keselamatan dilaksanakan menurut peraturan ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
"Protokol keselamatan yang ketat ini juga sejajar dengan Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) yang mana hanya dokumen perjalanan dan pengenalan asal dibenarkan untuk menaiki pesawat," katanya.
Jelas MAHB, meskipun memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa dan kanak-kanak tersebut, pihaknya tidak dapat bertolak ansur dalam hal ini kerana langkah-langkah sudah disediakan bagi keselamatan lapangan terbang untuk melindungi pintu masuk negara terhadap akses yang tidak selamat untuk keselamatan individu serta syarikat penerbangan.
"Adalah menjadi tugas kami untuk memastikan semua pengembara mempunyai dokumen perjalanan sebelum mereka dibenarkan menaiki sebarang pesawat. Kami memohon pemahaman orang awam mengenai peranan kami dalam melindungi keselamatan lapangan terbang," kata kenyataan itu dan menambah MAHB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memperbaiki proses berkenaan.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang lelaki kecewa dengan polis bantuan MAHB yang menyebabkan belaiu terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangn di KLIA2 tanpa pengawasan selama hampir sembilan jam.
Portal itu melaporkan kejadian berlaku apabila seorang daripada tujuh anak lelaki itu tercicir MyKid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching, Sarawak.
Bapa kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di KLIA2 namun anaknya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan walaupun sudah menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.
Oleh kerana waktu penerbangan semakin hampir, lelaki terbabit terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.
Sumber- BERNAMA
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)