Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Produk Kurus Itu Semua Mengarut, Tiada Jalan Singkat Untuk Jadi Sihat." - Dr. Rafidah

3 Jan 2018

3 Jan - Menjadi kurus dan langsing sudah menjadi idaman bagi setiap orang di Malaysia ketika ini. Tambahan pula Malaysia antara negara yang tertinggi menghadapi masalah obesiti di dunia.

Produk kurus di Malaysia juga ibarat cendawan yang tumbuh melata apabila pelbagai jenama produk kesihatan berlumba-lumba mengeluarkan produk untuk menurunkan berat badan.

Pusat gimnasium, zumba dan kelas aerobik juga semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ketika ini. Sang jejaka berebut-rebut untuk menjadi sado di mata wanita. Manakala, wanita pula ingin tampil langsing dan bergaya di mata lelaki.


Banyak keburukkan daripada kebaikkan apabila lambakkan produk kurus semakin tidak terkawal dari segi penjualannya. Lihat sahaja di media sosial, setiap hari pasti ada testimoni dan produk yang baru muncul di 'News feed' anda.

Seorang pakar perunding perubatan dan buah pinggang, Doktor Rafidah Abdullah telah mengemas kini status Facebooknya tentang seorang pesakit yang mengalami kebocoran buah pinggang ketika mengandung.

Pesakit dikatakan telah disyorkan oleh rakannya untuk mencuba satu produk kurus sebelum mengandungdan mengalami pelbagai komplikasi semasa mengandung.

Menurut Rafidah, tiada jalan singkat untuk kurus dengan sihat melainkan kurangkan pengambilan kalori dan pergilah bersenam.


Pesakit tersebut dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas, dengan bacan urea 54, dan creatinine lebih 2000. Sehinggakan pesakit tidak mampu untuk bangun dan terpaksa memanggil ambulans.

Berikut adalah perkongsian penuh dari Doktor Rafidah tentang pesakit dan sedikit nasihat kepada yang ingin membeli produk kuruskan badan di pasaran 'Online' ketika ini.

Suplemen kurus punya pasal, kurus tidak, buah pinggang yang rosak.
23 tahun, badan sangat obes 120kg. Beberapa bulan lalu memang didapati bocor buah pinggang semasa beliau mengandung. Bacaan 24 jam ujian protein dalam air Kencing adalah 5.3 gram (normal dibawah 0.3gm/24 jam). Punya lah banyak komplikasi semasa mengandung termasuk Darah Tinggi dsb.

Selepas itu, beliau hilang dari radar, macam biasa. Disyorkan oleh kawan beliau ambil produk L*****x, katanya boleh kurus. 




“Elok”lah tu, masuk Hospital sesak nafas. Bacaan urea 54 (normal <8) dan creatinine lebih 2000 (normal < 100). Nak bangun pun tak boleh; terpaksa memanggil ambulan datang secara kecemasan.

Mohon ingat:

1. Produk kurus semua itu mengarut ! Tidak ada jalan singkat untuk jadi sihat. Kurangkan lah kalori, pergilah bersenam. Rasa tak susah pun. Jangan lah malas ya.

2. Kalau ada protein dalam urin mohon terus temujanji dengan Pakar, kerana ianya berisiko kerosakan buah pinggang jangka masa panjang. Perlu pantauan berkala. 




3. Pesakit obes adalah berisiko juga untuk penyakit buah pinggang. Mohon jaga berat anda itu. Timbang selalu, jangan asyik makan sahaja sampai tak sedar berat dah terlebih.

Pesan saya nak ambil gabungan grapefruit, lemon kononnya kaya dengan vitamin C - pergi beli sahaja lah yang segar di pasar atau supermarket. 




Lagi murah, yang tentunya ia selamat.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang. - Siakapkeli.my





Sumber: Rafidah Abdullah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "