Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Populasi Dunia Pesat Berkembang Buatkan Bumi Semakin Sempit, Bolehkah Dengan Kecilkan Manusia Menjadi Penyelesaian Terbaik?

8 Jan 2018
4 ulasan

Bayangkan bagaimana saiz manusia berubah menjadi kecil, daripada tingginya enam sehingga tujuh kaki, manusia mengecil kepada sebesar sejengkal dengan saiz persekitaran masih sama?

Bayangkan bila badan kita menjadi kecil, tetapi makanan kegemaran seperti burger daging double tidak berubah saiznya, betapa puas dan kenyangnya menikmati sebiji burger daging double yang sebelum ini cukup sekadar mengalas perut.

Bayangkan, jika badan manusia seluruh dunia bertukar menjadi kecil, berapa banyak kos yang boleh dijimatkan? Semuanya boleh dijimatkan, rumah sudah pasti perlu dibina sesuai dengan nisbah saiz badan kita, jadi kosnya sudah pasti dapat dikurang dengan begitu banyak, tiada lagi masalah berebut tanah untuk perumahan.

Kos membina kereta, bas, kapal terbang, jalan raya dan semuanya dapat dikurangkan, wang gaji sebenar RM3000 sebulan sudah menjadi begitu besar berbanding sebelumnya yang hanya cukup-cukup makan.

Apa yang kami merepek inikan?


Sebenarnya itulah gambaran dan sebuah imaginasi hebat yang telah diterjemahkan ke dalam sebuah filem Hollywood berjudul Downsizing, yang diarahkan oleh Alexander Payne ini bakal menemui peminatnya tidak lama lagi.

Filem yang dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Matt Damon, Christoph Waltz, Hong Chau dan Kristen Wing ini bakal menghiburkan penonton di Malaysia pada 18 Januari 2018 ini, permulaan tahun baru yang menarik dengan menonton Downsizing di pawagam seluruh negara.

Downsizing mengisahkan tentang populasi dunia yang semakin berkembang dan padat menyebabkan manusia terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Hasil kajian, para Saintis Norway berjaya menemui cara bagaimana untuk mengecutkan manusia dari ketinggiaan biasa ke tinggi 5 inci (13 cm) di mana berlaku peralihan global 200 tahun dari besar ke kecil.


Manusia boleh memilih untuk menjadi kecil atau besar di mana jika memilih jadi kecil, ada syarikat pembinaan telah menghasilkan sebuah bandar terancang serba canggih sendiri dinamakan Leisureland di mana terdapat rumah-rumah banglo mewah bersaiz kecil, kereta mewah bersaiz kecil dan segala kemudahan mewah yang boleh didapati dengan murah kerana ianya kecil dari saiz asal.


Paul Safranek (Matt Damon) dan isteri Audrey (Kristen Wiig) memutuskan untuk meninggalkan kehidupan mereka yang tertekan di Omaha di mana mereka membuat keputusan untuk menjadi kecil, namun segalanya bermula apabila Paul telah mengecilkan badannya, namun selepas menjadi kecil dia mendapat satu panggilan telefon yang sungguh mengejutkan di mana isterinya membatalkan niat disaat akhir yang menimbulkan kemarahannya.

Kerena Paul sudah bertukar menjadi kecil dan isterinya masih pada saiz biasa, pasangan itu telah memilih untuk bercerai dan Paul terpaksa memikirkan semula bagaimana cara untuk memulakan dunia barunya itu yang sudah pasti amat berbeza sekali.



Sudah pasti lebih banyak konfliks menarik yang akan terjadi, sesuaikah manusia dikecilkan? jadi apa lagi, jom serbu panggung beramai-ramai pada 18 Januari 2018 ini. Jika berminat dengan filem ini boleh follow page United International Pictures Malaysia.

Dalam pada itu, pernahkah anda terfikir berapa mewahkan anda jika anda berjaya mengecilkan diri? Dah tentu lagi kaya kan. Tapi kalau nak tahu, boleh cuba jawab soalan-soalan di Leisureland Currency Converter dan anda pasti akan terkejut!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "